“….....”
“Aku… tak suka sekolah. Aku benci sekolah…”
Selalu aku berkata sebegitu. Ya. Aku memang tak suka sekolah. Tapi ada satu sekolah yang
memang aku suka. Yang aku sangat sayang. Kalau boleh nak bersekolah kat sekolah
itu lagi.
Aik? Cakap tak suka sekolah? Pastu ada suka satu sekolah ini
pula? Sekolah apa yang kau cakapkan ini?
Hahaha. *Tutup muka. Malu!
Hahaha. *Tutup muka. Malu!
Sekolah yang aku tak suka tu aku maksudkan sekolah menengah kebangsaan
yang 5 tahun aku belajar di situ. Manakala sekolah yang aku suka pula ialah..
Sekolah Kehidupan. MadrasatulHayah. Kata Lain. MHi. MadrasatulHayah Ikram.
Setiap akhir tahun, pasti sekolah kehidupan ini akan
diadakan oleh IKRAM untuk lepasan SPM dan lepasan STPM. Aku lah salah seorang peserta atau pelajar di sekolah
kehidupan ini iaitu MHi bagi tahun 14/15. Bangga sat. Huhu.
Bagaimana boleh tahu tentang MHi ini? Memang mahu masuk MHi atau kena paksa? Kenapa suka MHi? Best ke MHi? Macam mana cerita hidup dekat MHi ini?
3 tahun sebelum SPM, ketika aku sedang melakukan perkara
yang membuang masa, mak aku datang dan memberitahu aku sesuatu. Boleh agak? Ya.
MHi.
Mula-mula aku macam… "Emm. Ok". Sampai lah mak aku cakap kena
duduk disitu sebulan. Oh. Tersentap. Beberapa saat selepas itu. “em. OK.”.
Nampak sangat tak ambil kisah. Dan memang tak ambil kisah pun.
Sehinggalah 2-1 minggu sebelum MHi tiba. Masih tak ambil
kisah. Tapi sepatutnya, aku memang perlu sangat ambil berat pasal
MHi ni. Sebab? Aku tak pernah duduk asrama! Aku tak pandai basuh baju! Aku
tak pandai… JAGA DIRI! Serious. Mana pernah aku basuh baju sendiri. Baju
sekolah pun mak aku yang gosokkan. Sekali sekala saja aku gosok. Kalau tak ada
sesiapa gosok dan masa itulah dah nak pergi sekolah. Aku pakai je. Tak gosok
pun lantaklah. Kasut sekolah? Hmmmm agak jarang juga lah basuh atau kapur. Tapi
tak basuh ke kotor ke aku pakai je.
Terukkan? Memang aku dulu pengotor. Comot. Dan aku tak ambil peduli pun pasal semua itu. “Ala dah habis
sekolah. Buat apa nak ambil peduli?”. So aku tak buat persediaan.
Sebab aku rasa tak perlu. “Masa MHi nanti buat sajalah macam mana pun.
Cincai saja.”
“Go with the flow”
Aku ikut saja apa yang patut. Mak aku suruh pergi. Aku pergi
. Selepas dah sampai dekat MHi. Pandai-pandailah aku jaga diri sendiri. Ya. Aku pergi MHi dengan tiada perasaan. Walaupun aku ingat aku pergi MHi dengan tiada langsung
perasaan. Tapi sebenarnya tak. Dalam hati aku, ada sedikit rasa gementar.
Nervous. Risau. Kenapa? Sebab kawan.
Aku risau aku tak ada kawan dekat situ. Aku risau semua
dekat sana akan membenci aku..
Kenapa aku berfikir sedemikian?
Sebab aku tidak pandai berkawan….terutamanya dengan
perempuan. Dan sebab perangai aku yang macam lelaki. Kata lain. Tomboy. Dan
juga kerana perangai aku sangat teruk.
Aku dari kecil lagi memang banyak kawan lelaki. Selalu main
dengan lelaki. Masa kecil. Itu masih okay lagi. Masa sekolah menengah, selalu
lepak ngan lelaki. Dikelilingi oleh lelaki dan aku seorang saja perempuan.
Ikhtilat sentiasa. Ikhtilat.
Kenapa tak kawan dengan perempuan?
Aku ada berkawan dengan perempuan. Tapi kebanyakannya mereka
mula membenci aku. Tinggal aku. Ignore aku. Pergunakan aku. Buli. Ya. Pernah
juga lebih kurang 90% perempuan dalam kelas tak suka akan aku.
Hmm. Aku memang dulu kasar sangat. Selalu jerit dan pukul
lelaki. Aku dipanggil, kecil diluar tapi didalam raksasa. Malu. Sangat malu
dengan diri aku dulu. Aurat? Memang lengan selalu nampaklah. Aku manalah tutup
sangat aurat dulu. Teruk. Oh. Aku dulu memang straightforward. Apa yang aku tak
suka memang aku terus cakap. Aku selalu jugalah cakap perkara buruk tentang
benda yang mereka minat. Straight to their face! Dengan sejujur-jujurnya. Aku
rasa itulah yang paling buat mereka tak suka. Aku pun jenis orang yang memang
cepat marah. Panas baran. Selalu emo. Bukan itu saja, mencarut, mengupat,
mengutuk, mengkritik, merungut perkara biasa buat aku ketika dulu. Selalu juga
bersangka buruk. Fikir yang negatif saja. Hmm.
Okay. Disebabkan dibenci, dipulau, asyik kena tikam dari
belakang, asyik ditinggal, memang terasa sangat. Banyak benda buat seorang
diri. Jadi aku tekad untuk berubah. “Wei berubahlah!” ayat yang lebih kurang sama selalu keluar
dari mulut perempuan-perempuan yang tak suka akan aku dengan nada yang tinggi.
Hmm. Memang Ouch.
Jadi aku berubahlah jadi keperempuanan sedikit demi sedikit. Berubahlah untuk jaga mulut. Walaupun begitu, tapi aku still lepak dengan lelaki. Bukan senang nak ubah persepsi orang. Tapi adalah tegur-tegur. Dah okay dengan mereka. Berbual sekejap dengan mereka. Adalah juga kawan perempuan baru. Asalkan tak mula rapat dengan mereka. Cume kawan biasa saja. Tak boleh BFF. Sebab itu banyak lepak dengan lelaki. Tapi kawan dengan lelaki pun bukannya selalu gembira. Kadang kadang ada juga masalah dengan mereka semua. Dan juga orang sekeliling. Pandangan orang. Hmmmm.
![]() |
Hidup keseorangan ni sakit tahu? |
Jadi aku berubahlah jadi keperempuanan sedikit demi sedikit. Berubahlah untuk jaga mulut. Walaupun begitu, tapi aku still lepak dengan lelaki. Bukan senang nak ubah persepsi orang. Tapi adalah tegur-tegur. Dah okay dengan mereka. Berbual sekejap dengan mereka. Adalah juga kawan perempuan baru. Asalkan tak mula rapat dengan mereka. Cume kawan biasa saja. Tak boleh BFF. Sebab itu banyak lepak dengan lelaki. Tapi kawan dengan lelaki pun bukannya selalu gembira. Kadang kadang ada juga masalah dengan mereka semua. Dan juga orang sekeliling. Pandangan orang. Hmmmm.
Aku merupakan seorang saja perempuan dalam adik beradik aku. Aku ada 3 abang dan seorang
adik lelaki. Jadi terpengaruh lah dengan abang-abang. Suka main game. Suka anime. Ya. Aku dahulu seorang peminat anime yang tegar. Tapi sekarang sudah
kurang. Alhamdulillah. Haha. Mungkin sebab itu lah aku rapat dengan lelaki. Walaupun
selalu lepak dengan lelaki, pada akhir-akhirnya saya dapat lah buat kawan rapat
perempuan dalam 3 orang yang betul-betul
boleh terima aku. Ini jadi kawan pun mula-mula sebab minat sama. Haha.
Terutamanya seorang ini yang memang lama berkawan dengan aku yang banyak
membantu aku. Tapi walaupun dengan kawan perempuan sekali pun, aku masih guna
nada dan beberapa ayat yang kasar.
Dulu aku suka buat benda macam key chain atau benda-benda
craft, handmade stuff. Pastu bagi dekat orang. Masa sekolah rendah dulu memang
suka bagi hadiah dekat kawan-kawan. Masa sekolah menengah pula, 2 tahun saja.
Selepas itu dah kurang. Sebab rasa tak dihargai hadiah yang diberi. Tidak guna.
Tapi …….
Stop.
Sudah berhenti cerita pasal masa lampau aku. Dah lari
topik dah. Walaupun risau. Aku tetap pergi. Tabah kan diri. Support
diri sendiri. “You can do it!!”. Ceh.
Tiba hari pertama MHi.
Pergi masuk dewan. Daftar. Selepas itu pergi dorm. Semua orang dalam itu. Tak kenal. “Macam mana ini?”. Tapi.
Ada seorang perempuan tegur. Nama dia Najihah. Dari Sabah. Wow. Alhamdulillah.
Gembiranya lah aku masa itu. Dan akhir nya dapatlah buat beberapa kawan. Kawan
kedua baru adalah Aini. Risau itu ada. Tapi aku cuba ketepikan.
“Hmmm macam mana nak basuh baju..?” tanya aku kepada kawan
baru aku, Jihah dan Aini. Haha. Mereka berdua dari sekolah agama. Terasa rendah sangat di
situ. Selepas itu mereka pun pandai. Dapat tinggi dalam percubaan. Lagi
tergelam aku rasa. Phew. Sudah Nampak dua dunia yang berbeza di situ. Dunia
aku. Dengan dunia mereka. Tapi mereka still berkawan dengan aku walaupun dunia
yang berbeza. Gembira sangat. Oh ya, entah kenapa, automatic suara aku jadi
lembut haha.
Cerita pasal slot pula.
Slot pertama.
Shocked! Tak sangka slot akan jadi….
Kelakar.
Sempoi.
Sporting.
Selamba.
Sangat best.
Memang tak mengantuk.
“Roti Canai, Pizza, Maggi, Burger”.
Game masa slot. Hahaha!
Mohon Abang Syed tak kembang. *Uhuk uhuk
Mohon Abang Syed tak kembang. *Uhuk uhuk
Bukan slot pertama saja best. Setiap slot yang aku hadiri,
semua best. Penceramah jemputan, semua hebat. Terbaik. Banyak benda baru belajar. Tapi bukan ada ceramah saja. Game, aktiviti kumpulan dan
pertandingan pun ada.
Terdapat 3 slot. Pagi. Petang. Malam. Setiap hari. Selama
sebulan. Pergh. First time. Sehari memang rasa lama. Kalau aku dekat rumah,
Banyak free time. Dan free time itulah aku isikan dengan game, komik, internet,
anime, cerita drama jepun, media social, youtube. tidur dan lain-lain aktiviti
yang membuang masa.belajar? Hmmm faham-faham jelah. Last minute barulah mula
nak belajar. Duduk rumah saja? Ya. Memang aku tak keluar rumah selain aktiviti
sekolah, tuisyen dan lain-lain yang memang kena keluar. Tolong ibubapa? Bila
disuruh jela. Itupun buat lambat. Sebab sibuk buat kerja tak faedah.
Dekat MHi. Setiap hari ada aktiviti. Kurang masa free
time. Sehari itu memang pack jugalah
dengan aktiviti. Selain slot, ada riadah, setiap pagi dan petang.Best. tapi
memang memenatkan. Ada juga sesi baca al-mathurat. Sejujurnya. Aku tak pernah
baca al-mathurat dekat rumah. Dekat sekolah kadang-kadang saja. Sebab aku
selalu sampai sekolah lambat. Start baca al-mathurat pukul 7:15 pm. Aku sampai
sekolah pukul 7:30 pm. Hmmmm.
Dan. Masa tidur. Selalunya pukul 12:00 am -12:30 am baru boleh
masuk dorm untuk tidur. Bangun pula.
Kena bangun dalam pukul 5:00 am – 5:40 am. Dan aku bukanlah orang bangun awal pagi. Nak bangun
memang susah. Nasib baik ramai orang kejut kan. Ya. Setiap lebih kurang 5 minit
ada saja orang kejutkan. Orang yang berlainan pulak itu. Dah macam snooze pula.
Selepas subuh memang tak boleh tidur balik. Ah memang mengantuk. Dekat rumah.
Bangun 6:00 am – 6:30 am. Solat subuh. Selepas itu tidur semula. Sampai pukul 10:00-
2:00 p.m..kalau tiada orang bangkitkan. Terlanjak lah sampai malam. Pernah
juga. Tidur satu hari. Bangkit sekejap-sekejap saja selepas itu tidur balik.
Hmmmm.
Memang. Memang, dunia di MHi berbeza habis dengan dunia aku. Memang mengubah lifestyle aku.
Tapi ,
Aku lagi gembira hidup di dunia MHi. Lagi rasa yang aku ini
memang hidup. Ya. Hidup. Kalau hidup di dunia biasa aku, Memang rasa tak hidup.
Seperti tiada arah tuju. Badan tak bergerak sangat. Tak banyak bercakap. Banyak
tidur. Setiap hari benda sama. Berulang-ulang kali. Hmmm.
“Live is when you push your body until limit.”
![]() |
Masa untuk keluar dari zon selesa gais. |
“Umi, jom keluar jalan-jalan”
“Umi, tak ada program ikram lagi ke? Kalau ada bagitahu, nak
join.”
“Umi, hari ini tak keluar pergi mana-mana ke?”
Hmmm. Memang rasa nak keluar rumah setiap hari. Tapi umi ada
kerja. Tak boleh keluar kalau tak ada urusan apa-apa. Umi tak bagi. Duduk rumah
sajalah. Memang rasa sedih sangat. Selain itu, Disebabkan MHi. For the first time in life.
Selain buku latihan atau rujukan untuk PMR dan SPM. Pergi kedai buku, dan
keluar dari kedai buku itu dengan buku ilmu
dan bukan komik. First time. 2 buku yang berkaitan dengan islam. Dan aku
baca. Ya aku baca. Kalau ikutkan. Selepas SPM. No book. Dan aku memang bukan
jenis yang suka baca buku. Novel pun ada lagi yang tak baca. Buku sekolah?
Hmmmm memang taklah. Lagi-lagi pelajaran yang memang perlu membaca macam Sejarah. Buku rujukan. Bau kedai. Aku pun sudah mula baca al-mathurat dekat
rumah.
Alhamdulillah. Kerja Umi adalah guru tuisyen dekat rumah. Dan aku ada
volunteer nak tolong ajar yang SPM. Kalau dulu. “malaslah, nak duduk dalam
bilik, tengok anime.” Volunteer tolong kerja rumah? Hmm kurang sebab aku tak
pandai sangat buat kerja rumah. Haha. Okay. Serious malu gila.
But. MHi really change my life. And me.
Tamat?
Eh?
Sampai itu saja…??
Taklah. Belum lagi. Masih banyak lagi nak cerita.
Sebenarnya, aku tak dapat hadiri slot atau join aktiviti MHi
untuk 10 hari. Sebab tak sihat. Demam panas. Migrain. Sakit seluruh badan.
Muntah. Sakit tekak. Batuk. Jadi terpaksa duduk dekat bilik rehat. Aku ada
penyakit kurang darah merah. Selalu rasa
letih. Badan selalu rasa berat, lemah, tak aktif, tak segar. Dan aku memang tak
boleh letih sangat. kalau letih sangat, akan migran, rasa nak demam. Dan
kadang-kadang boleh sesak nafas. Dan hampir semua akhawat MHi tahu pasal yang
aku ada penyakit ini.
“Boleh ke awak main? Awak kan tak boleh letih sangat. Kalau
dah letih sangat cakap tau.”
“Eh tak apa. Biar saya buat. Nanti awak penat pula.”
“Rehatlah. Kan nanti penat sangat.”
Mereka selalu mengingatkan aku. Rasa bersalah ada. Rasa
terharu ada. Kalau dekat sekolah. Tiada seorang pun yang akan buat macam itu. Masa dekat bilik rehat. Ramai datang jenguk. Ramai datang tolong.
Fasi pun termasuk sekali. Yang paling banyak sangat tolong, Ruqayyah.
Sangat-sangat bersyukur. Dialah yang paling banyak tolong sekali. Ubat. Dekat
ubat-ubat itu ada tulis kena makan 3 kali sehari. Aku memang respect dia. Dia
memang ingat nak bagi aku makan ubat.
“Okay. Masa untuk makan ubat ya.” Haha. Comel.~
Aku susah nak makan ubat. Lagi-lagi pil. Pil kecil saja yang aku boleh telan. Itu pun susah juga. Dan ubat aku itu memang aku tak boleh telan. Nanti aku muntah balik. Jadi, apa yang Qayyah buat adalah pecahkan pil sampai jadi air. Hmmm memang lagi tak sedap rasanya .tapi apakah daya. Paksa sajalah. tapi Qayyah pandai. Dia sediakan manisan untuk kurang kan rasa tak sedap itu. Solat. Dia ambilkan air dengan bekas besar. Untuk aku ambil wuduk. Terima kasih lah jaga saya Qayyah. Dekat rumah pun tak ada macam itu. Haha. Tapi yang lain pun ada juga banyak tolong. Sarah, Najihah, Izzah, Lin, Ma’alim, Fara, Anis dan lain-lain. Ramai. Haha. Rasa bersalah sangat. Tapi yang pastinya memang terharulah.
Cakap pasal makanan, hmmm.
Kena masak sendiri. Setiap kumpulan ditugaskan untuk memasak
untuk peserta-peserta dan juga fasi. 100 lebih orang. Rasa respect, salute
dekat Mak Long. Memang hebat. Setiap kumpulan diagihkan mengikut hari. Kena
masak untuk petang, malam, dan pagi. Satu hari 2 kumpulan. Penat. Tapi dapat
belajar resepi-resepi baru dari Mak Long.
Paling respect. Masakan ikhwah.
Kreatif. Ingat lagi. Air jus buah pear (rasanya lah). sedap. Rasa ingin tahu.
“Macam mana diorang buat? Perah satu-satu ke? Guna blender? Tapi blender ada satu je. Serious la korang?”. Aku tak pandai
masak jadi aku tak tahu. Haha. Okay. Malu. Tapi memang kebanyakan masakan
ikhwah sedap-sedap. Tapi ada yang pedas. Tak boleh nak makan banyak. Sebab
gastrik. Tapi aku suka pedas. Haha.
Jadi untuk isi perut, aku beli snack yang ada jual. Ya.
Dekat MHi ada koperasi. Haha. Tapi dekat MHi memang kurang dapat gastrik teruk. Cuma ada sakit sikit-sikit saja sebab
makanan pedas. Masa untuk makan memang teratur. Kalau dekat rumah.
Memang jarang sarapan. Tengah hari baru mula makan.
Group.
Ada 10 group. 5 group akhawat. 5 group ikhwah. Dan aku dalam
group yang ke-2. Kryptonizer!!
Group yang best sangat. Ceria. Penyayang. Happy-go-lucky.
Peramah. Caring. Awesome. Ada 10 ahli termasuk aku. Semua mempunyai personaliti yang berbeza. Ketua group, Nad. Ahli-ahlinya, Anis, Miera, Aini, Bal, Fara,
Aqilah, Sue, Mun, dan aku. Fasi untuk kumpulan ini pula, Kak Lala~. Mereka juga
saling tolong menolong dan saling kongsi ilmu. Ada atau masa itu, setelah habis
baca al-quran, Miera ada tegur dan membetulkan cara bacaan. Dia pun mengajar
cara baca dengan betul. Memang seronok
sangat apabila bersama dengan group ini. Ingat lagi. Explore race tak habis
lagi pun, sempat lagi bergambar. Haha.
Kami semua selalu berkumpul dekat pondok tepi sungai. Ada
satu hari tu, Kak Lala bawa banyak makanan. Pastu berkumpul dekat pondok
tersebut. Dan kami semua kena cerita pengalaman duduk di MHi dan apa yang kami
dapat. Cerita saja apa yang nak cerita. Luahkan saja. masing-masing mula
bercerita. Mereka punya luahan dan cerita yang sangat menarik. Sambil itu makan
makanan yang ada. Sambil-sambil sibuk dengar cerita, tertiba-tiba terlintas
untuk cerita pasal masa aku dalam jahilliyah. Adalah rasa nak menangis bila
luahkan. Sebab aku sudah lama pendamkan, dan tiada siapa untuk luahkan. Selama
5 tahun aku pendam dan akhirnya dapat luahkan. Masalah-masalah di rumah dan di
sekolah. Memang sakit apabila pendam lama-lama. Tapi rasa terharu sangat sebab mereka semua dengar dengan baik.
Hmmm. Aku ada juga satu time yang buat aku ingat masa aku
selalu gaduh dengan mak aku. Meninggi suara kepada mak aku. Ayah dan mak aku
pun kadang-kadang gaduh. Bila ingat balik pasal benda ini. Menangis. Tak
henti-henti. Rasa bersalah sangat. Rasa menyesal sangat. “Kenapa aku buat macam
itu?? Teruklah aku ini..”
Pernah juga aku terniat nak pergi MHi supaya aku boleh jadi
berdikari. Supaya aku boleh pergi jauh dari mak aku. Istighfar..istighfar.
Memang teruk. Anis yang ada di sebelah aku perasan yang aku nangis, dan dia
bawa aku pergi duduk di tepi sungai bersama Kak Lala. Aku luahkan kepada kepada
mereka kenapa aku nangis. Mereka berdua dengar sampai habis. Dan memberi
kata-kata nasihat yang menusuk hati aku. Yang memberi kesan kepada aku.
Kata-kata yang sangat tenang. Selalunya bila orang tegur, memberi nasihat, aku
akan merungut, selalu rasa yang aku saja betul. Tapi kali itu memang aku
terdiam saja dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.
Ketika itu memang rasa tenang sangat. Dengan bunyi sungai
yang terus mengalir. Sungai itu bagaikan sedang mengbasahkan api yang ada
didalam badan aku. Selalunya kalau ada masalah, atau rasa mahu menangis, memang
aku duduk terperap saja dalam bilik. Hampir setiap hari juga aku nangis seorang
diri. Luahkan masalah hanya dalam hati. Tapi ketika itu ada orang yang tolong
tenang kan aku, usap aku, peluk aku. Memang rasa kehangatan dan ketenangan di
situ. Rasa yang memang tak akan aku lupa.
“Maryam kuat.” Kata-kata semangat..
Aku memang selalu rasa yang aku ini memang lemah. Aku tak
kuat. Semua orang pun selalu kata macam itu. Tapi. Aku nak jadi kuat. Sokongan.
Walaupun hanya kata. Sangat membantu aku. Dramatisnya lah ayat. Haha. Tapi. Saya sangat berterima
kasih kepada Kak Lala dengan Anis.
Ada satu slot, yang memang aku rasa aku tak akan lupa. Ketika itu, peserta dikehendaki melukis bentuk hati besar di kertas dan menulis semua kelemahan dan keburukan diri yang dapat disenaraikan di luar bentuk hati tersebut. Selepas itu dalam kumpulan, tulis juga kelemahan dan keburukan diri yang mahu dibuang di atas kertas besar. Aku memang tak berhenti tulis. Sebab banyak sangat keburukan aku. Dalam hati dah mula rasa sakit hati dan sebak. Aku sebenarnya memang benci kan diri sendiri. Aku selalu menyusahkan diri.
“Kau ni teruklah!” “Bila kau nak berubah wei?” Cakap diri ku kepada aku
sendiri. Hmmmm.
Apabila sudah siap tulis. Kertas itu akan dibawa untuk
dibakar. Ya. Dibakar sehingga menjadi habuk.
“Kau okay?” Anis bertanya. Dia tahu. Dia boleh agak. Dan dia bersama aku
pada masa itu. Api mula menyala. Begitu juga air mata aku mula mengalir.
Sudah tiba untuk membakar segala keburukan yang ada pada diri aku. Aku mencampak
kertas aku ke arah api. Tetapi angin menolak kertas tersebut dan tak mendarat atas api. Orang lain yang tolong letakkan dekat api. Ianya seperti aku sendiri
tak boleh ubah kan diri yang banyak dosa ini. Tapi memerlukan pertolongan orang
lain. Melihat api yang sedang membakar kertas itu membuat aku
menangis dan menangis. Banyak air mata mengalir. Anis memeluk aku dengan
seerat-eratnya. aku menangis teresak-esak dan tak henti-henti seperti budak
kecil di bahu Anis. Kak Lala pun ada datang dan usap belakang aku. Ia memberi
kesan yang besar sangat pada aku. Sampai sekarang. Apabila teringat kenangan
ini. Air mata akan mengalir.
Hmmm..
“Human is a weak creature. There are so many thing that
human can’t do if they are alone. That is why human need another human. Human
need to help each other. So they can be strong. Human become strong when they
know that they are not alone.”
Sahabat.
![]() |
Kalau nak pergi cepat, pergilah seorang diri. Kalau nak pergi lebih jauh, mari kita gerak sama-sama. |
Seterusnya aku nak cerita pasal kelab. Ya. MHi ada kelab.
Nama pun sekolah.
Ada kelab sukan, chef, kerohanian, kebersihan dan kesihatan(KNK),
syura, dan mulpen.
Dan aku kelab multimedia dan penerangan. Mulpen. Kerja mulpen adalah buat blog, tangkap gambar, buat video,
buat design dan lain-lain. Mulpen ada 19 ahli. Ketua mulpen ialah Yusri,
manakala penolongnya ialah Najihah. Yang selebihnya, Izzah, Ruqayyah, Iffah,
Mawad, Dayah, Una, Kautsar, Aizat, Ali Sado, Ali Tangan, Azmi, Salman, Yassier,
Muhai, Iqbal, Sufyan. Ahli-ahli kelab ni memang kuat merepek bak kata kak Fiza.
Haha. Tapi yang pastinya mereka semua
amat lah berbakat. Aku suka melihat hasil kerja mereka. Tangkap gambar pun
cantik. Edit gambar lagi lah. Edit video
pun smart. Buat design lawa. Yang love tu cantik sangat. Kadang-kadang adalah rasa cemburu. Aku
manalah pandai edit video. Guna photoshop pun noob. Tengok software buat video
pun dah pening. Hmmm.
Dekat MHi ini banyak
perkataan/ayat baru yang dapat dipelajari.
Zaaaaap.
Aliyyyyy. ß Waaan
Syurgaaa!. ß
Akhawat
1, 2, 3, I Support You! ß
Sajjad
Sampai tak gering gusi aku gelak sakan. Wahahaha.
Sampai tak gering gusi aku gelak sakan. Wahahaha.
Yang paling aku suka adalah yang atas ini. I Support You.
Ianya sangat bermakna bagi aku. Mungkin sebab aku memang kurang dapat sokongan
dari orang terdekat dan mereka tiada keyakinan terhadap aku. Hanya seberapa
saja. Aku pun selalu tak ada keyakinan terhadap diri aku sendiri.
Wei support la! ß
Yassier
I support you. Ayat ini sangat memberi semangat kepada aku.
Mungkin ada yang tak perasan (keluarga dan kawan) perubahan aku semenjak aku graduate dari sekolah MHi. Aku pun kadang-kadang terfikir mungkin memang tak ada. Perasan je kot. Tapi walaupun perasan je, aku mahu percaya yang memang ada sebahagian dari diri aku yang sudah berubah. Dan aku tahu. Memang ada. Pertama kali aku yakin dengan diri aku. Aku mula suka sedikit demi sedikit dengan diri sendiri.
Mungkin ada yang tak perasan (keluarga dan kawan) perubahan aku semenjak aku graduate dari sekolah MHi. Aku pun kadang-kadang terfikir mungkin memang tak ada. Perasan je kot. Tapi walaupun perasan je, aku mahu percaya yang memang ada sebahagian dari diri aku yang sudah berubah. Dan aku tahu. Memang ada. Pertama kali aku yakin dengan diri aku. Aku mula suka sedikit demi sedikit dengan diri sendiri.
Aku rasa sangat bersyukur. Kerana Allah telah menemukan aku
dengan MHi. Sekolah kehidupan. Disebabkan takdir ini. Aku mula mengenali erti kehidupan. MHi juga telah menyedarkan aku tentang kehidupan di IPT
bukanlah semudah yang aku fikirkan. MHi membuatkan aku tak benci pada sekolah. Sekolah dapat
memberi banyak ilmu. Dan ilmu sangat penting untuk kehidupan.
Adakah MHi ini ialah sekolah?
![]() |
[Kredit] |
Adakah MHi ini ialah sekolah?
Ya.
MHi adalah sekolah.
Sekolah Kehidupan.
“Life is about
Learning. Learn make you alive. You Live and Learn. At any rate, you live”
Maryam Sofi
Negeri Selangor
[KD]
Speechless. *Nanges lari-lari. Saya tidak bertanggungjawab kepada sesiapa yang tetiba kena penyakit Tsunami Rindu mahupon Ribut Taufan Tangisan Air Mata selepas membaca artikel ini. Moga bermanfaat. Buat mereka yang merasakan segalanya kelam, hitam dan gelap. Sedarlah, orang masih boleh nampak kamu walau di tempat gelap. Eheh. Sedarlah, hidup ni masih banyak peluang dan ruang. Moga Allah redha.
Negeri Selangor
[KD]
Speechless. *Nanges lari-lari. Saya tidak bertanggungjawab kepada sesiapa yang tetiba kena penyakit Tsunami Rindu mahupon Ribut Taufan Tangisan Air Mata selepas membaca artikel ini. Moga bermanfaat. Buat mereka yang merasakan segalanya kelam, hitam dan gelap. Sedarlah, orang masih boleh nampak kamu walau di tempat gelap. Eheh. Sedarlah, hidup ni masih banyak peluang dan ruang. Moga Allah redha.
1 comment:
👍
Post a Comment