Semua orang nak berjaya.
Siapa tak nak?
Siapa tak nak straight A+ SPM. Siapa tak nak penat lelah menghadap buku selama ni membuahkan hasil. Siapa tak nak tengok mak ayah senyum lebar tengok kita berjaya.
![]() |
Penat ngadap buku sampai tertidur |
Siapa tak nak?
Semua orang nak. Tapi, tak semua orang dapat. Lalu, yang tak dapat tu pun sedih, kecewa, ada yang redha, pasrah dan ada jugak yang hanya meneruskan hidup seperti tiada apa yang terjadi.
'Seperti tiada apa yang terjadi'. Kerana mereka percaya, SPM is only a small hurdle in their life which doesn't mean much to their attempt to be successful.
Mereka percaya yang untuk berjaya, punya banyak cara. Mereka percaya yang ada lebih banyak cabaran yang bakal mendatang. Mengenang kegagalan lalu hanya menyekat diri.
Mereka percaya SPM bukan segalanya.
Tak perlu untuk saya beritahu berapa ramai dah yang berjaya walaupun SPM mereka dulu macam entah apa-apa. Kejayaan mereka kini bukan entah apa-apa. Malah menyerlah jauh dari yang biasa~!
Mungkin kini anda sedang resah, gelisah atau mungkin terlalu eksaited pula. Oh, itu sudah fitrah.
Mungkin, korang sedih sebab memikirkan mak ayah korang. Macam ni lah. Mak ayah korang tak kisah pun korang result apa asalkan korang jadi anak yang saleh, dengar kata mak ayah, tolong mak ayah, InshaAllah, mak ayah korang boleh move on lepas tengok keputusan korang.
Kalau tak mengaku anak tu, cuba refleksi diri, anak macam mana korang ni?
Okay.Yang pasti, jangan lupa untuk bersyukur tak kisahlah korang result, pergh, gempak atau cukup-cukup makan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan malam. Eh.
Ha, tak kisahlah apa pun keputusannya, BERSYUKUR. Kerana apa? Kerana Allah dah pelan cantik dah untuk kita ni. Kita je yang tak nampak lagi.
Lepas dah berselubung dalam selimut, duduk dalam gua, melayan kesedihan, MOVE ON. There's more to life than SPM. Serius ah. Baru 17 tahun. Takkan nak futur? Takkan nak putus asa?
Percayalah, 10 tahun akan datang, anda akan tergelak bila anda #throwback kembali SPM anda.
Jika anda berusaha mulai sekarang!
No comments:
Post a Comment