Monday, March 2, 2015

Segalanya Bemula dengan SPM?



Semua orang nak berjaya.

Siapa tak nak?

Siapa tak nak straight A+ SPM. Siapa tak nak penat lelah menghadap buku selama ni membuahkan hasil. Siapa tak nak tengok mak ayah senyum lebar tengok kita berjaya.

Penat ngadap buku sampai tertidur

Siapa tak nak?

Semua orang nak. Tapi, tak semua orang dapat. Lalu, yang tak dapat tu pun sedih, kecewa, ada yang redha, pasrah dan ada jugak yang hanya meneruskan hidup seperti tiada apa yang terjadi.

'Seperti tiada apa yang terjadi'. Kerana mereka percaya, SPM is only a small hurdle in their life which doesn't mean much to their attempt to be successful.

Mereka percaya yang untuk berjaya, punya banyak cara. Mereka percaya yang ada lebih banyak cabaran yang bakal mendatang. Mengenang kegagalan lalu hanya menyekat diri.

Mereka percaya SPM bukan segalanya.

Tak perlu untuk saya beritahu berapa ramai dah yang berjaya walaupun SPM mereka dulu macam entah apa-apa. Kejayaan mereka kini bukan entah apa-apa. Malah menyerlah jauh dari yang biasa~!

Mungkin kini anda sedang resah, gelisah atau mungkin terlalu eksaited pula. Oh, itu sudah fitrah.

Mungkin, korang sedih sebab memikirkan mak ayah korang. Macam ni lah. Mak ayah korang tak kisah pun korang result apa asalkan korang jadi anak yang saleh, dengar kata mak ayah, tolong mak ayah, InshaAllah, mak ayah korang boleh move on lepas tengok keputusan korang.

Kalau tak mengaku anak tu, cuba refleksi diri, anak macam mana korang ni?

Okay.Yang pasti, jangan lupa untuk bersyukur tak kisahlah korang result, pergh, gempak atau cukup-cukup makan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan malam. Eh.

Ha, tak kisahlah apa pun keputusannya, BERSYUKUR. Kerana apa? Kerana Allah dah pelan cantik dah untuk kita ni. Kita je yang tak nampak lagi.

Lepas dah berselubung dalam selimut, duduk dalam gua, melayan kesedihan, MOVE ON. There's more to life than SPM. Serius ah. Baru 17 tahun. Takkan nak futur? Takkan nak putus asa?


Percayalah, 10 tahun akan datang, anda akan tergelak bila anda #throwback kembali SPM anda.

Jika anda berusaha mulai sekarang!




Sunday, March 1, 2015

Ibda' Binnafsika!

Izinkan diri ini bercerita.

Oleh: Aryka Iniaz (Negeri Selangor)


Mentaliti kita memang berbeza.

Kisah bermula apabila…….

“Okay Ikhwah boleh pusing ke belakang, kita ade tazkirah subuh.” 

Pagi 15.12.2014 dimulakan dengan tazkirah subuh dari Abang Syed. Actually, bukan la tazkirah pun tapi sekadar perkongsian pengalaman yang dia dapat sewaktu dia masuk MHi 5 tahun yang lepas. Tapi aku rasa apa yang dia kongsi tu bagi kesan yang mendalam kat diri aku.

Dalam tazkirah tu dia ada cakap pasal mentaliti masyarakat. Masyarakat ni ada dua mentaliti. Yang pertama menerima dengan syarat. Yang kedua menerima tanpa syarat. 

Aku cerita jenis manusia yang pertama dulu. *Letup jari. Krakk. 

Orang yang menerima dengan syarat adalah orang yang mempunyai expectation yang tinggi terhadap sesuatu perkara tapi hidup dia jadi akan haru biru dan kucar kacir,  bila benda yang berlaku luar dari expectation dia. Jadi, orang macam ni tak boleh bertahan dengan apa yang bakal dia hadapi sebab expectation dia sangat tinggi dan peluang nak berlaku amat tipis. Cuba korang bayangkan, korang nak pergi hutan tebal belakang rumah. Err, kalau adalah hutan kat belakang rumah korang tu. Tak pon belakang rumah kakak mertua kau. Dalam minda korang, korang jangkakan “Dalam hutan tu mesti ada bunga Rafflesia”. Agak-agak dengan logik akal, boleh jumpa tak? Kalau ada yang jumpa minta contact dengan aku. Kesannya bila korang tak jumpa rafflessia tu, automatic yang bermain dalam kepala korang, tak pun yang meluncur deras di lidah korang.


"Laaa, mana rafflesianya?"
"Nama je hutan tebal. Bukan ada pon!"
"Hek eleh, buat penat aku je"
"Arghhh!! Baik aku tidur kat rumah je!"

Dan macam-macam lagi yang aku dan kau akan dengar. Orang sebegini biasanya takkan dapat bertahan lama. Sebab? Sebab diri dia sudah terikat dengan benda yang bermain dalam fikiran dia. Dia terpenjara dengan penjara yang dia sendiri cipta. Dia terikat dengan tali yang dia sendiri ikat pada dirinya. Jadi, tepuk dada sampai sakit. "Aku kah orangnya?'



"Aku begini ke?"
Baik, habis yang pertama.


Aku cerita yang kedua pula. *Telan gula-gula Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS). Err.

Mentaliti yang kedua pula mentaliti yang menerima tanpa syarat. Orang yang ada mentaliti macam ni boleh bertahan dengan apa sahaja halangan yang datang. Kau bagilah apa sahaja kat dia. Muka akan tetap kool persis Ibrahimovic ketika menjaringkan gol!. Errr.. 

Dia ade expectation tersendiri, tapi tak adalah sampai macam manusia yang pertama. Very ambitious. Tapi dia expect perkara kecil, simple dan biasa-biasa je. So, bila datang halangan mengetuk pintu diri dia, dengan penuh selamba dan minda terbuka dia tempuh. Dia akan dan boleh lalui dengan mudah dan tanpa rungutan. Yang paling penting, dia boleh sesuaikan diri dia. 

Orang yang macam ni biasanya otak dia kreatif dan boleh sesuaikan dengan apa sahaja keadaan dan masa. Yang bertambah menarik, dia ni boleh hidup kalau kita campak dia kat mana-mana je sebab dia ni boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. 


Kalau campak ke Padang Sahara?

Tapi, kalau kau campak dia kat padang sahara tu, melampau sangatlah.

Lepas Abang Syed cakap macam tu, aku terus terfikir. Sebenarnye aku berdiri di mentaliti yang mana satu ekk?? Hmm. Fikir punye fikir sampai terbawa-bawa ke mimpi. Aku ni rupanya kat mentaliti pertama sebab..

Aku datang kem ni aku ingat aku boleh berubah dalam satu hari. Aku ingat nak berubah tu senang la kalau di kelilingi orang yang baik-baik. Tudung labuh sampai lutut. Jalan tunduk sampai langgar tiang. Eh. 

Rupa-rupanya TAK, sebab perubahan tu atas diri aku sendiri. Yup, diri aku. Bukan kau atau mereka. 

Aku ingat kitorang akan dapat seorang satu almari sebab sebulan kot duduk sana. Kena pula aku ni anak bongsu dalam keluarga aku. Memang banyak benda yang umi buat untuk diri aku. Melangkah masuk je kem, check in dorm. Aku ternganga. 
Tengok katil disusun rapat-rapat. Bagasi semua kat bawah. Sudah, dah la aku dapat katil bahagian atas. Nak letak mana bagasi aku?. Bagasi diorang pun dah buat bilik tu sempit dan bertambah semak. Malam pertama aku tidur berpelukkan beg.

Tapi, lepas Abg Syed bagi tazkirah tu, terus aku terfikir,takkan aku nak tidur dengan beg sepanjang aku kat sini. Takkan aku nak jadi org yang mentaliti pertama kot. Jadi, banyak la perubahan yang aku buat malam tu menjadikan kehidupan aku dalam kem bertambah selesa. Aku set balik minda aku untuk aku belajar cara kehidupan sebenar dan membuat perubahan yang berkekalan. 

Walaupun susah pada hari pertama tapi akhirnya aku berjaya tempuh sampai hari terakhir MHi. 28 hari kot!!!

Oh yes, I made it!

Bahkan aku rasa LEBIH BAIK dari diri aku daripada sebelum ni. Daripada budak manja yang mengharapkan umi dia, kepada budak manja yang boleh berdikari. Nak jugak budak manja. Jadi, lepas ni kalau umi nak hantar aku pergi mana-mana, aku tak kisah. Sebab ilmu yang aku dapat kat MHi bukan setakat pasal metaliti tu sahaja, tapi macam-macam lagi yang boleh aku praktikkan dalam kehidupan aku kat luar. 

Satu lagi yg aku perasan lepas aku balik kem, Alhamdulillah aku dah boleh amalkan ibadat-ibadat sunat padahal sebelum ni nak buat malas gila macam beruang tengah hibernasi musim sejuk. Gituuhh.

Macam gini lah kan, dulu lah

Jadi, kepada korang semua jadilah orang yang menerima tanpa syarat. Aku jamin korang takkan rugi apa-apa. Malah kau akan jadi orang yang sangat beruntung. Seriyesly. 

Ibda' binnafsika, mulakan dengan diri anda!

"Selagi matahari terus bersinar, kau masih punya harapan untuk berubah"


Aryka Iniaz
Negeri Selangor

[SO]

Saya pernah diasak bertubi-tuba persoalan yang seringkali bermain dalam gelanggang minda saya. "Benarkah aku benar-benar memahami diri aku?". Kalau belum, bagaimana saya nak memahami jiwa adek-adek usrah saya sedangkan saya sendiri tak memahami jiwa saya! *Terjun bangunan. Medan yang terbentang luas didepan mata kita ini.. SUMPAH PANJANGGGGGGGGGGGGG.... Dah bersedia? *Sinsing lengan, tarik teddy bear. Eh. 

Semoga bermanfaat untuk anda!! Ubah corak pemikiran. InsyaAllah segalanya akan menjadi mudah. Tanya balik diri anda. Saya mentaliti yang kedua!!.