Tuesday, August 4, 2015

Aku benci sekolah! Tapi bukan sekolah ni....



[Kredit]

“Sekolah…?”
“….....”
“Aku… tak suka sekolah. Aku benci sekolah…”

Selalu aku berkata sebegitu. Ya. Aku memang tak suka sekolah. Tapi ada satu sekolah yang memang aku suka. Yang aku sangat sayang. Kalau boleh nak bersekolah kat sekolah itu lagi.

Aik? Cakap tak suka sekolah? Pastu ada suka satu sekolah ini pula? Sekolah apa yang kau cakapkan ini? 

Hahaha. *Tutup muka. Malu!

Sekolah yang aku tak suka tu aku maksudkan sekolah menengah kebangsaan yang 5 tahun aku belajar di situ. Manakala sekolah yang aku suka pula ialah..

Sekolah Kehidupan. MadrasatulHayah. Kata Lain. MHi. MadrasatulHayah Ikram.
Setiap akhir tahun, pasti sekolah kehidupan ini akan diadakan oleh IKRAM untuk lepasan SPM dan lepasan STPM. Aku lah salah seorang peserta atau pelajar di sekolah kehidupan ini iaitu MHi bagi tahun 14/15. Bangga sat. Huhu.

Bagaimana boleh tahu tentang MHi ini? Memang mahu masuk MHi atau kena paksa? Kenapa suka MHi?  Best ke MHi? Macam mana cerita hidup dekat MHi ini?

3 tahun sebelum SPM, ketika aku sedang melakukan perkara yang membuang masa, mak aku datang dan memberitahu aku sesuatu. Boleh agak? Ya. MHi.

Mula-mula aku macam… "Emm. Ok". Sampai lah mak aku cakap kena duduk disitu sebulan. Oh. Tersentap. Beberapa saat selepas itu. “em. OK.”. Nampak sangat tak ambil kisah. Dan memang tak ambil kisah pun.

Sehinggalah 2-1 minggu sebelum MHi tiba. Masih tak ambil kisah. Tapi sepatutnya, aku memang perlu sangat ambil berat pasal MHi ni. Sebab? Aku tak pernah duduk asrama! Aku tak pandai basuh baju! Aku tak pandai… JAGA DIRI! Serious. Mana pernah aku basuh baju sendiri. Baju sekolah pun mak aku yang gosokkan. Sekali sekala saja aku gosok. Kalau tak ada sesiapa gosok dan masa itulah dah nak pergi sekolah. Aku pakai je. Tak gosok pun lantaklah. Kasut sekolah? Hmmmm agak jarang juga lah basuh atau kapur. Tapi tak  basuh ke kotor ke aku pakai je. Terukkan? Memang aku dulu pengotor. Comot. Dan aku tak ambil peduli pun pasal semua itu. “Ala dah habis sekolah. Buat apa nak ambil peduli?”. So aku tak buat persediaan.  Sebab aku rasa tak perlu. “Masa MHi nanti buat sajalah macam mana pun. Cincai saja.” 

“Go with the flow”

Aku ikut saja apa yang patut. Mak aku suruh pergi. Aku pergi . Selepas dah sampai dekat MHi. Pandai-pandailah aku jaga diri sendiri. Ya. Aku pergi MHi dengan tiada perasaan. Walaupun aku ingat aku pergi MHi dengan tiada langsung perasaan. Tapi sebenarnya tak. Dalam hati aku, ada sedikit rasa gementar. Nervous. Risau. Kenapa? Sebab kawan.

Aku risau aku tak ada kawan dekat situ. Aku risau semua dekat sana akan membenci aku..
Kenapa aku berfikir sedemikian?

Sebab aku tidak pandai berkawan….terutamanya dengan perempuan. Dan sebab perangai aku yang macam lelaki. Kata lain. Tomboy. Dan juga kerana perangai aku sangat teruk.

Aku dari kecil lagi memang banyak kawan lelaki. Selalu main dengan lelaki. Masa kecil. Itu masih okay lagi. Masa sekolah menengah, selalu lepak ngan lelaki. Dikelilingi oleh lelaki dan aku seorang saja perempuan. Ikhtilat sentiasa. Ikhtilat.

Kenapa tak kawan dengan perempuan?

Aku ada berkawan dengan perempuan. Tapi kebanyakannya mereka mula membenci aku. Tinggal aku. Ignore aku. Pergunakan aku. Buli. Ya. Pernah juga lebih kurang 90% perempuan dalam kelas tak suka akan aku.

Hmm. Aku memang dulu kasar sangat. Selalu jerit dan pukul lelaki. Aku dipanggil, kecil diluar tapi didalam raksasa. Malu. Sangat malu dengan diri aku dulu. Aurat? Memang lengan selalu nampaklah. Aku manalah tutup sangat aurat dulu. Teruk. Oh. Aku dulu memang straightforward. Apa yang aku tak suka memang aku terus cakap. Aku selalu jugalah cakap perkara buruk tentang benda yang mereka minat. Straight to their face! Dengan sejujur-jujurnya. Aku rasa itulah yang paling buat mereka tak suka. Aku pun jenis orang yang memang cepat marah. Panas baran. Selalu emo. Bukan itu saja, mencarut, mengupat, mengutuk, mengkritik, merungut perkara biasa buat aku ketika dulu. Selalu juga bersangka buruk. Fikir yang negatif saja. Hmm.

Okay. Disebabkan dibenci, dipulau, asyik kena tikam dari belakang, asyik ditinggal, memang terasa sangat. Banyak benda buat seorang diri. Jadi aku tekad untuk berubah. “Wei berubahlah!” ayat yang lebih kurang sama selalu keluar dari mulut perempuan-perempuan yang tak suka akan aku dengan nada yang tinggi. Hmm. Memang Ouch.



Hidup keseorangan ni sakit tahu?

Jadi aku berubahlah jadi keperempuanan sedikit demi sedikit. Berubahlah untuk jaga mulut. Walaupun begitu, tapi aku still lepak dengan lelaki. Bukan senang nak ubah persepsi orang. Tapi adalah tegur-tegur. Dah okay dengan mereka. Berbual sekejap dengan mereka. Adalah juga kawan perempuan baru. Asalkan tak mula rapat dengan mereka. Cume kawan biasa saja. Tak boleh BFF. Sebab itu banyak lepak dengan lelaki. Tapi kawan dengan lelaki pun bukannya selalu gembira. Kadang kadang ada juga masalah dengan mereka semua. Dan juga orang sekeliling. Pandangan orang. Hmmmm.

Aku merupakan seorang saja perempuan dalam  adik beradik aku. Aku ada 3 abang dan seorang adik lelaki. Jadi terpengaruh lah dengan abang-abang. Suka main game. Suka anime. Ya. Aku dahulu seorang peminat anime yang tegar. Tapi sekarang sudah kurang. Alhamdulillah. Haha. Mungkin sebab itu lah aku rapat dengan lelaki. Walaupun selalu lepak dengan lelaki, pada akhir-akhirnya saya dapat lah buat kawan rapat perempuan dalam 3 orang  yang betul-betul boleh terima aku. Ini jadi kawan pun mula-mula sebab minat sama. Haha. Terutamanya seorang ini yang memang lama berkawan dengan aku yang banyak membantu aku. Tapi walaupun dengan kawan perempuan sekali pun, aku masih guna nada dan beberapa ayat yang kasar.

Dulu aku suka buat benda macam key chain atau benda-benda craft, handmade stuff. Pastu bagi dekat orang. Masa sekolah rendah dulu memang suka bagi hadiah dekat kawan-kawan. Masa sekolah menengah pula, 2 tahun saja. Selepas itu dah kurang. Sebab rasa tak dihargai hadiah yang diberi. Tidak guna. Tapi …….

Stop. 

Sudah berhenti cerita pasal masa lampau aku. Dah lari topik dah. Walaupun risau. Aku tetap pergi. Tabah kan diri. Support diri sendiri. “You can do it!!”.  Ceh.

Tiba hari pertama MHi.
Pergi masuk dewan. Daftar. Selepas itu pergi dorm. Semua orang dalam itu. Tak kenal. “Macam mana ini?”. Tapi. Ada seorang perempuan tegur. Nama dia Najihah. Dari Sabah. Wow. Alhamdulillah. Gembiranya lah aku masa itu. Dan akhir nya dapatlah buat beberapa kawan. Kawan kedua baru adalah Aini. Risau itu ada. Tapi aku cuba ketepikan.

“Hmmm macam mana nak basuh baju..?” tanya aku kepada kawan baru aku, Jihah dan Aini. Haha. Mereka berdua dari sekolah agama. Terasa rendah sangat di situ. Selepas itu mereka pun pandai. Dapat tinggi dalam percubaan. Lagi tergelam aku rasa. Phew. Sudah Nampak dua dunia yang berbeza di situ. Dunia aku. Dengan dunia mereka. Tapi mereka still berkawan dengan aku walaupun dunia yang berbeza. Gembira sangat. Oh ya, entah kenapa, automatic suara aku jadi lembut haha.

Cerita pasal slot pula.

Slot pertama.
Shocked! Tak sangka slot akan jadi…. 

Kelakar. 
Sempoi. 
Sporting. 
Selamba. 
Sangat best. 
Memang tak mengantuk.
“Roti Canai, Pizza, Maggi, Burger”
Game masa slot. Hahaha!
Mohon Abang Syed tak kembang. *Uhuk uhuk

Bukan slot pertama saja best. Setiap slot yang aku hadiri, semua best. Penceramah jemputan, semua hebat. Terbaik. Banyak benda baru belajar. Tapi bukan ada ceramah saja. Game, aktiviti kumpulan dan pertandingan pun ada.

Terdapat 3 slot. Pagi. Petang. Malam. Setiap hari. Selama sebulan. Pergh. First time. Sehari memang rasa lama. Kalau aku dekat rumah, Banyak free time. Dan free time itulah aku isikan dengan game, komik, internet, anime, cerita drama jepun, media social, youtube. tidur dan lain-lain aktiviti yang membuang masa.belajar? Hmmm faham-faham jelah. Last minute barulah mula nak belajar. Duduk rumah saja? Ya. Memang aku tak keluar rumah selain aktiviti sekolah, tuisyen dan lain-lain yang memang kena keluar. Tolong ibubapa? Bila disuruh jela. Itupun buat lambat. Sebab sibuk buat kerja tak faedah.

Dekat MHi. Setiap hari ada aktiviti. Kurang masa free time.  Sehari itu memang pack jugalah dengan aktiviti. Selain slot, ada riadah, setiap pagi dan petang.Best. tapi memang memenatkan. Ada juga sesi baca al-mathurat. Sejujurnya. Aku tak pernah baca al-mathurat dekat rumah. Dekat sekolah kadang-kadang saja. Sebab aku selalu sampai sekolah lambat. Start baca al-mathurat pukul 7:15 pm. Aku sampai sekolah pukul 7:30 pm. Hmmmm.

Dan. Masa tidur. Selalunya pukul 12:00 am -12:30 am baru boleh masuk dorm untuk tidur.  Bangun pula. Kena bangun dalam pukul 5:00 am – 5:40 am. Dan aku bukanlah orang bangun awal pagi. Nak bangun memang susah. Nasib baik ramai orang kejut kan. Ya. Setiap lebih kurang 5 minit ada saja orang kejutkan. Orang yang berlainan pulak itu. Dah macam snooze pula. Selepas subuh memang tak boleh tidur balik. Ah memang mengantuk. Dekat rumah. Bangun 6:00 am – 6:30 am. Solat subuh. Selepas itu tidur semula. Sampai pukul 10:00- 2:00 p.m..kalau tiada orang bangkitkan. Terlanjak lah sampai malam. Pernah juga. Tidur satu hari. Bangkit sekejap-sekejap saja selepas itu tidur balik. Hmmmm.

Memang. Memang, dunia di MHi berbeza habis dengan dunia aku. Memang mengubah lifestyle aku.

Tapi ,

Aku lagi gembira hidup di dunia MHi. Lagi rasa yang aku ini memang hidup. Ya. Hidup. Kalau hidup di dunia biasa aku, Memang rasa tak hidup. Seperti tiada arah tuju. Badan tak bergerak sangat. Tak banyak bercakap. Banyak tidur. Setiap hari benda sama. Berulang-ulang kali. Hmmm.


“Live is when you push your body until limit.”



Masa untuk keluar dari zon selesa gais.

Bersyukur sangat-sangat. Gembira sangat-sangat. Dulu. Aku tak suka keluar rumah. Sekarang,
“Umi, jom keluar jalan-jalan”
“Umi, tak ada program ikram lagi ke? Kalau ada bagitahu, nak join.”
“Umi, hari ini tak keluar pergi mana-mana ke?”

Hmmm. Memang rasa nak keluar rumah setiap hari. Tapi umi ada kerja. Tak boleh keluar kalau tak ada urusan apa-apa. Umi tak bagi. Duduk rumah sajalah. Memang rasa sedih sangat. Selain itu, Disebabkan MHi. For the first time in life. Selain buku latihan atau rujukan untuk PMR dan SPM. Pergi kedai buku, dan keluar dari kedai buku itu dengan buku ilmu  dan bukan komik. First time. 2 buku yang berkaitan dengan islam. Dan aku baca. Ya aku baca. Kalau ikutkan. Selepas SPM. No book. Dan aku memang bukan jenis yang suka baca buku. Novel pun ada lagi yang tak baca. Buku sekolah? Hmmmm memang taklah. Lagi-lagi pelajaran yang memang perlu membaca macam Sejarah. Buku rujukan. Bau kedai. Aku pun sudah mula baca al-mathurat dekat rumah. 

Alhamdulillah. Kerja Umi adalah guru tuisyen dekat rumah. Dan aku ada volunteer nak tolong ajar yang SPM. Kalau dulu. “malaslah, nak duduk dalam bilik, tengok anime.” Volunteer tolong kerja rumah? Hmm kurang sebab aku tak pandai sangat buat kerja rumah. Haha. Okay. Serious malu gila.
But. MHi really change my life. And me.

Tamat?
Eh?
Sampai itu saja…??
Taklah. Belum lagi. Masih banyak lagi nak cerita.

Sebenarnya, aku tak dapat hadiri slot atau join aktiviti MHi untuk 10 hari. Sebab tak sihat. Demam panas. Migrain. Sakit seluruh badan. Muntah. Sakit tekak. Batuk. Jadi terpaksa duduk dekat bilik rehat. Aku ada penyakit kurang darah merah.  Selalu rasa letih. Badan selalu rasa berat, lemah, tak aktif, tak segar. Dan aku memang tak boleh letih sangat. kalau letih sangat, akan migran, rasa nak demam. Dan kadang-kadang boleh sesak nafas. Dan hampir semua akhawat MHi tahu pasal yang aku ada penyakit ini.

“Boleh ke awak main? Awak kan tak boleh letih sangat. Kalau dah letih sangat cakap tau.”
“Eh tak apa. Biar saya buat. Nanti awak penat pula.”
“Rehatlah. Kan nanti penat sangat.”

Mereka selalu mengingatkan aku. Rasa bersalah ada. Rasa terharu ada. Kalau dekat sekolah. Tiada seorang pun yang akan buat macam itu. Masa dekat bilik rehat. Ramai datang jenguk. Ramai datang tolong. Fasi pun termasuk sekali. Yang paling banyak sangat tolong, Ruqayyah. Sangat-sangat bersyukur. Dialah yang paling banyak tolong sekali. Ubat. Dekat ubat-ubat itu ada tulis kena makan 3 kali sehari. Aku memang respect dia. Dia memang ingat nak bagi aku makan ubat.

“Okay. Masa untuk makan ubat ya.” Haha. Comel.~

Aku susah nak makan ubat. Lagi-lagi pil. Pil kecil saja yang aku boleh telan. Itu pun susah juga. Dan ubat aku itu memang aku tak boleh telan. Nanti aku muntah balik. Jadi, apa yang Qayyah buat adalah pecahkan pil sampai jadi air. Hmmm memang lagi tak sedap rasanya .tapi apakah daya. Paksa sajalah. tapi Qayyah pandai. Dia sediakan manisan untuk kurang kan rasa tak sedap itu. Solat. Dia ambilkan air dengan bekas besar. Untuk aku ambil wuduk. Terima kasih lah jaga saya Qayyah. Dekat rumah pun tak ada macam itu. Haha. Tapi yang lain pun ada juga banyak tolong. Sarah, Najihah, Izzah, Lin, Ma’alim, Fara, Anis dan lain-lain. Ramai. Haha.  Rasa bersalah sangat. Tapi yang pastinya memang terharulah.


Apabila naik dorm. Semua tanya sama ada aku okay ke tak. Ada yang kata banyakkan rehat tau. Terharu sangat-sangat. Mereka ambil berat. Ingat lagi. Wan. Dia kata kalau nak makanan minta saja lah dia. Terima kasih Wan. Haha.

Cakap pasal makanan, hmmm.
Kena masak sendiri. Setiap kumpulan ditugaskan untuk memasak untuk peserta-peserta dan juga fasi. 100 lebih orang. Rasa respect, salute dekat Mak Long. Memang hebat. Setiap kumpulan diagihkan mengikut hari. Kena masak untuk petang, malam, dan pagi. Satu hari 2 kumpulan. Penat. Tapi dapat belajar resepi-resepi baru dari Mak Long. 

Paling respect. Masakan ikhwah. Kreatif. Ingat lagi. Air jus buah pear (rasanya lah). sedap. Rasa ingin tahu. “Macam mana diorang buat? Perah satu-satu ke? Guna blender? Tapi blender ada  satu je. Serious la korang?”. Aku tak pandai masak jadi aku tak tahu. Haha. Okay. Malu. Tapi memang kebanyakan masakan ikhwah sedap-sedap. Tapi ada yang pedas. Tak boleh nak makan banyak. Sebab gastrik. Tapi aku suka pedas. Haha.

Jadi untuk isi perut, aku beli snack yang ada jual. Ya. Dekat MHi ada koperasi. Haha. Tapi dekat MHi memang kurang dapat gastrik teruk. Cuma ada sakit sikit-sikit saja sebab  makanan pedas. Masa untuk makan memang teratur. Kalau dekat rumah. Memang jarang sarapan. Tengah hari baru mula makan.

Group.
Ada 10 group. 5 group akhawat. 5 group ikhwah. Dan aku dalam group yang ke-2. Kryptonizer!!
Group yang best sangat. Ceria. Penyayang. Happy-go-lucky. Peramah. Caring. Awesome. Ada 10 ahli termasuk aku. Semua mempunyai personaliti yang berbeza. Ketua group, Nad. Ahli-ahlinya, Anis, Miera, Aini, Bal, Fara, Aqilah, Sue, Mun, dan aku. Fasi untuk kumpulan ini pula, Kak Lala~. Mereka juga saling tolong menolong dan saling kongsi ilmu. Ada atau masa itu, setelah habis baca al-quran, Miera ada tegur dan membetulkan cara bacaan. Dia pun mengajar cara baca dengan betul.  Memang seronok sangat apabila bersama dengan group ini. Ingat lagi. Explore race tak habis lagi pun, sempat lagi bergambar. Haha.

Kami semua selalu berkumpul dekat pondok tepi sungai. Ada satu hari tu, Kak Lala bawa banyak makanan. Pastu berkumpul dekat pondok tersebut. Dan kami semua kena cerita pengalaman duduk di MHi dan apa yang kami dapat. Cerita saja apa yang nak cerita. Luahkan saja. masing-masing mula bercerita. Mereka punya luahan dan cerita yang sangat menarik. Sambil itu makan makanan yang ada. Sambil-sambil sibuk dengar cerita, tertiba-tiba terlintas untuk cerita pasal masa aku dalam jahilliyah. Adalah rasa nak menangis bila luahkan. Sebab aku sudah lama pendamkan, dan tiada siapa untuk luahkan. Selama 5 tahun aku pendam dan akhirnya dapat luahkan. Masalah-masalah di rumah dan di sekolah. Memang sakit apabila pendam lama-lama. Tapi rasa terharu sangat  sebab mereka semua dengar dengan baik.

Hmmm. Aku ada juga satu time yang buat aku ingat masa aku selalu gaduh dengan mak aku. Meninggi suara kepada mak aku. Ayah dan mak aku pun kadang-kadang gaduh. Bila ingat balik pasal benda ini. Menangis. Tak henti-henti. Rasa bersalah sangat. Rasa menyesal sangat. “Kenapa aku buat macam itu?? Teruklah aku ini..”

Pernah juga aku terniat nak pergi MHi supaya aku boleh jadi berdikari. Supaya aku boleh pergi jauh dari mak aku. Istighfar..istighfar. Memang teruk. Anis yang ada di sebelah aku perasan yang aku nangis, dan dia bawa aku pergi duduk di tepi sungai bersama Kak Lala. Aku luahkan kepada kepada mereka kenapa aku nangis. Mereka berdua dengar sampai habis. Dan memberi kata-kata nasihat yang menusuk hati aku. Yang memberi kesan kepada aku. Kata-kata yang sangat tenang. Selalunya bila orang tegur, memberi nasihat, aku akan merungut, selalu rasa yang aku saja betul. Tapi kali itu memang aku terdiam saja dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

Ketika itu memang rasa tenang sangat. Dengan bunyi sungai yang terus mengalir. Sungai itu bagaikan sedang mengbasahkan api yang ada didalam badan aku. Selalunya kalau ada masalah, atau rasa mahu menangis, memang aku duduk terperap saja dalam bilik. Hampir setiap hari juga aku nangis seorang diri. Luahkan masalah hanya dalam hati. Tapi ketika itu ada orang yang tolong tenang kan aku, usap aku, peluk aku. Memang rasa kehangatan dan ketenangan di situ. Rasa yang memang tak akan aku lupa.

“Maryam kuat.” Kata-kata semangat..



[Kredit]

Aku memang selalu rasa yang aku ini memang lemah. Aku tak kuat. Semua orang pun selalu kata macam itu. Tapi. Aku nak jadi kuat. Sokongan. Walaupun hanya kata. Sangat membantu aku. Dramatisnya lah ayat. Haha. Tapi. Saya sangat berterima kasih kepada Kak Lala dengan Anis.

Ada satu slot, yang memang aku rasa aku tak akan lupa. Ketika itu, peserta dikehendaki melukis bentuk hati besar di kertas dan menulis semua kelemahan dan keburukan diri yang dapat disenaraikan di luar bentuk hati tersebut. Selepas itu dalam kumpulan, tulis juga kelemahan dan keburukan diri yang mahu dibuang di atas kertas besar. Aku memang tak berhenti tulis. Sebab banyak sangat keburukan aku. Dalam hati dah mula rasa sakit hati dan sebak. Aku sebenarnya memang benci kan diri sendiri. Aku selalu menyusahkan diri.

“Kau ni teruklah!” “Bila kau nak berubah wei?” Cakap diri ku kepada aku sendiri. Hmmmm.

Apabila sudah siap tulis. Kertas itu akan dibawa untuk dibakar. Ya. Dibakar sehingga menjadi habuk.  “Kau okay?” Anis bertanya. Dia tahu. Dia boleh agak. Dan dia bersama aku pada masa itu. Api mula menyala. Begitu juga air mata aku mula mengalir. Sudah tiba untuk membakar segala keburukan yang ada pada diri aku. Aku mencampak kertas aku ke arah api. Tetapi angin menolak kertas tersebut dan tak mendarat atas api. Orang lain yang tolong letakkan dekat api. Ianya seperti aku sendiri tak boleh ubah kan diri yang banyak dosa ini. Tapi memerlukan pertolongan orang lain. Melihat api yang sedang membakar kertas itu membuat aku menangis dan menangis. Banyak air mata mengalir. Anis memeluk aku dengan seerat-eratnya. aku menangis teresak-esak dan tak henti-henti seperti budak kecil di bahu Anis. Kak Lala pun ada datang dan usap belakang aku. Ia memberi kesan yang besar sangat pada aku. Sampai sekarang. Apabila teringat kenangan ini. Air mata akan mengalir.

Hmmm..

“Human is a weak creature. There are so many thing that human can’t do if they are alone. That is why human need another human. Human need to help each other. So they can be strong. Human become strong when they know that they are not alone.”

Sahabat.


Kalau nak pergi cepat, pergilah seorang diri. Kalau nak pergi lebih jauh, mari kita gerak sama-sama.

Seterusnya aku nak cerita pasal kelab. Ya. MHi ada kelab. Nama pun sekolah.
Ada kelab sukan, chef, kerohanian, kebersihan dan kesihatan(KNK), syura, dan mulpen.
Dan aku kelab multimedia dan penerangan.  Mulpen. Kerja mulpen adalah buat blog, tangkap gambar, buat video, buat design dan lain-lain. Mulpen ada 19 ahli. Ketua mulpen ialah Yusri, manakala penolongnya ialah Najihah. Yang selebihnya, Izzah, Ruqayyah, Iffah, Mawad, Dayah, Una, Kautsar, Aizat, Ali Sado, Ali Tangan, Azmi, Salman, Yassier, Muhai, Iqbal, Sufyan. Ahli-ahli kelab ni memang kuat merepek bak kata kak Fiza. Haha. Tapi yang pastinya mereka semua amat lah berbakat. Aku suka melihat hasil kerja mereka. Tangkap gambar pun cantik. Edit gambar lagi lah.  Edit video pun smart. Buat design lawa. Yang love tu cantik sangat.  Kadang-kadang adalah rasa cemburu. Aku manalah pandai edit video. Guna photoshop pun noob. Tengok software buat video pun dah pening. Hmmm. 

Dekat MHi ini banyak perkataan/ayat baru yang dapat dipelajari.

Zaaaaap.
Aliyyyyy. ß Waaan
Syurgaaa!. ß Akhawat
1, 2, 3, I Support You! ß Sajjad

Sampai tak gering gusi aku gelak sakan. Wahahaha. 

Yang paling aku suka adalah yang atas ini. I Support You. Ianya sangat bermakna bagi aku. Mungkin sebab aku memang kurang dapat sokongan dari orang terdekat dan mereka tiada keyakinan terhadap aku. Hanya seberapa saja. Aku pun selalu tak ada keyakinan terhadap diri aku sendiri.

Wei support la! ß Yassier
I support you. Ayat ini sangat memberi semangat kepada aku.

Mungkin ada yang tak perasan (keluarga dan kawan) perubahan aku semenjak aku graduate dari sekolah MHi. Aku pun kadang-kadang terfikir mungkin memang tak ada. Perasan  je kot.  Tapi walaupun perasan je, aku mahu percaya yang memang ada sebahagian dari diri aku yang sudah berubah. Dan aku tahu. Memang ada. Pertama kali aku yakin dengan diri aku. Aku mula suka sedikit demi sedikit dengan diri sendiri.

Aku rasa sangat bersyukur. Kerana Allah telah menemukan aku dengan MHi. Sekolah kehidupan. Disebabkan takdir ini. Aku mula mengenali erti kehidupan. MHi juga telah menyedarkan aku tentang kehidupan di IPT bukanlah semudah yang aku fikirkan. MHi membuatkan aku tak benci pada sekolah. Sekolah dapat memberi banyak ilmu. Dan ilmu sangat penting untuk kehidupan.



[Kredit]

Adakah MHi ini ialah sekolah?
Ya.
MHi adalah sekolah.
Sekolah Kehidupan.
 “Life is about Learning. Learn make you alive. You Live and Learn. At any rate, you live”

Maryam Sofi
Negeri Selangor

[KD]

Speechless. *Nanges lari-lari. Saya tidak bertanggungjawab kepada sesiapa yang tetiba kena penyakit Tsunami Rindu mahupon Ribut Taufan Tangisan Air Mata selepas membaca artikel ini. Moga bermanfaat. Buat mereka yang merasakan segalanya kelam, hitam dan gelap. Sedarlah, orang masih boleh nampak kamu walau di tempat gelap. Eheh. Sedarlah, hidup ni masih banyak peluang dan ruang. Moga Allah redha.

Sunday, August 2, 2015

Treasured



When you capture a picture with one lens, you're starting create a story.


“….sebulan. Umi dah daftarkan.”

As soon as I heard that unwelcoming news, my heart stopped. My jaw dropped. It was like two atomic bombs that exploded in Hiroshima and Nagasaki just landed on me. I was downhearted. I could not believe what I just heard.

“err…”

“Takpe, nanti dapat banyak kawan. Kan? Yang penting tu, pengalaman. Pengalaman ni, tak boleh DIBELI tau…”

I remained silent. Maybe because silence is the only way to describe my feelings at that moment. I didn’t say a word to my mom and went upstairs. I felt like my whole body was crippled as I slowly took my steps towards my room. I slammed the door shut, sank my face deep into the pillow, and finally burst into tears.

Because I didn’t wanna go.

Seriously.

But it was my parents’ request, so I had to obey. Thousands of negative mental pictures popped out in my mind before I arrived. Being the one and only participant from Sabah? Things are going to be dreadfully horrible, I thought. I kept on whispering to myself that it’s not gonna be good, it’s not gonna be good and it’s not gonna be good.

                                                   *              *             *



Maaf. Payah sebenarnya nak diskraib (Baca: Describe) Pocik Ukhuwwah.

Well, however, things went way better beyond my expectations. Believe it or not. Since the very first night, Abang Bai and Abang Syed was constantly emphasising about ukhuwah, ukhuwah and ukhuwah. Other facilitators kept on mentioning it too. ‘Ukhuwah basah lencun lemas banjir’ and whatsoever. To be honest, I didn’t took much notice about it in the first place.

Until I finally realised it.

The ukhuwah that we created here, is so much different. I don’t think I can describe it in words. It was only a month, but it felt like we’ve known each other for 10 years! Despite of not being compatible as we all are divergent, yet it actually made our friendship very special. Well, seems like the ‘ukhuwah basah’ brings a really deep means after all. I had discovered how amazing the power of that ‘ukhuwah basah’ thingy can actually strengthen our bonds. And yes, I felt it. I think most of us did. I was the only one who came all the way across the sea from Land Below the Wind, but somehow I feel more than accepted. At first I was bombarded with a bunch of ridiculous questions that really pissed me off, but the irritation soon melted after seeing how nicely they treated me along the way.


                                                     *             *             *

Beruk pon tahu guna kamera. Kau ada? Wahahaha.

I’d like to share my experience in being one of the members of JK Mulpen (Multimedia & Penerangan) Club. I never thought I’d involve in this, so it was such a huge regret I didn’t bring along my Canon EOS 1100D. I used to play a vital role in being the leader and the videographer for my multimedia team back at school. I was practically confident with my skills in video editing using iMovie software and thought I was good enough. But during the camp I learned how to use Sony Vegas Pro 11 from our MulPen leader Yusri, while Iffah guided me in blogging and Izzah demonstrated me to use Photoshop. It was great to learn something new, you know. Things that you never did before. I enjoyed working together with my MulPen members and I thought they all were pretty awesome and fun to be with. There were this one time during our meeting, someone had forgotten my name and suddenly called me ‘Ijah’. It didn’t happened once, but several times. Frankly, I felt quite annoyed in the first place. But you know in the end, funny moments are the most memorable ones ^^

                                                     *             *             *



Ustaziatul Alam. Impian semua. Tapi kenapa masih qu'ud (Baca: Malas)?

The next thing, is about D&T. Dakwah and Tarbiyyah. My parents used to point out about this to me. But innocently I would just give a nod but as a matter of fact, I was shrouded in a grey haze of confusion. Every time I heard about D&T, a huge question mark would linger in my head. Why we are obliged in spreading dakwah? Why do we even need tarbiyyah? Why do we have to involve in usrah? Why I always see my dad came home late at night, just because of this?
  
Well yeah, MHi, Madrastul Hayah Ikram. Is the School of Life. So it taught me a great deal of it, throughout the slots especially. I was very impressed with all the speakers that came by. Little by little, the huge question mark I had all these while had gradually disappeared and finally became crystal clear. Of course, there’s still a whole lot more to learn but I’m grateful that now I finally understood how important D&T is in a life of a Muslim. From what I can see, living in a life without tarbiyyah is almost likely you are living in the middle of a jungle, surrounded by wild creatures, with no food and shelter. While Rasulullah s.a.w described those who gained knowledge but refuse to spread it, it’s like they’re having loads of property but refuse to 'infaq'.

One thing I want to confess, on the third day of the camp, I cried under the blanket when I was on the phone with my sister, nagging and begging her to take me home. But somehow the feeling to storm out from that place soon faded away. In fact, I found out that I enjoyed staying there. My ego tried to avoid that kind of feeling but in the end I had to admit, I wished to stay longer. 


  “…but Perhaps you hate a thing but it is good for you, and perhaps you love a thing but it is bad for you. And Allah Knows, while you know not” [ Al-Qur’an, 2:217]


“Mungkin ada dalam kalangan anak-anak yang datang sini secara terpaksa. Tapi anak-anak kena tahu, bahawa anak-anak sebenarnya telah dipilih oleh Allah s.w.t untuk hadir ke sini atas tujuan yang baik. You all…are the chosen ones.” –Dr. Adnan Omar

“Kem ini akan menjadi turning point untuk adik-adik, sebagaimana terjadinya pada abang. Habis je MHi ni, satu perubahan yang besar akan berlaku dalam diri korang semua. Percayalah.” – Abang Syed *Dah nak bina masjid (Baca: Baitul Muslim). Uhuk uhuk.

I remembered Abang Bai once said, “Adik-adik patut bersyukur kerana dapat hadir ke kem ni. Sebab apa? Untungnya adik-adik dapat rasa, apa yang kawan-kawan adik dekat luar sana tak dapat rasa.”

And that is? EXPERIENCE. Seems like my mom was right after all. Experience indeed can’t be exchanged with money, not even with a single thing. It can never be.




"Don't cry because it's over but keep smile because it happened. Keep moving on!! Yeahh!!"

Time moves pretty fast. So fast, like an arrow. When everything had ended, only then I realised how precious each moment I had in that School of Life. Little did I know that it might be a bit sad on the last day, but I didn’t expect I’d cry that much. My tears streamed down my cheeks like the Niagara Falls. There’s one quote saying, ‘we do not know the true value of our moments, until they have undergone the test of memory’. And if I recall back those memories, I thought it’d be greater if the time ticks a bit slower.

There were good times to remember. To be treasured.

NajihahM
Negeri Sabah


[KD]


"What you want isn't always you get. But what you get is so much better than what you want". Right? 

Lepas habis MHi, tak habis-habis diorang minta buat program. Tak kisah lah program apa pon, yang penting jumpa balik kengkawan tumbuk main bantal riang-riang gitu masa kat MHi dulu. Eheh. 

Sebenarnya diorang ni cuma nak jumpa balik sahabat MHi je. Program tu sekadar sampingan, mungkin juga alasan untuk diorang minta izin daripada kedua Abi Umi yang super garang itu. Huhu. Sekarang semua sudah sibuk menghadap asimen (Baca: Assignment), kertas-kertas kerja, buku-buku rujukan setebal sejengkal dan mungkin juga sibuk ambil cakna isu 1MDB dan kabinet baru. Eh. 

Moga dunia dan akhirat, kedua-duanya kau gapai. Biar kejayaan kita ini Allah redha selalu. Amin!

Tuesday, July 28, 2015

Atuk yang berusia, tapi penuh 'isi'


Gambar sekadar hiasan [Fail]

Baru-baru ni saya beraya sakan. Eh, bukan. Berziarah sakan *baru sedap sikit, Hehe. Berziarah sakan kat Kampung Kurang Glamour di Bandar Sangat Bersejarah. Dan semasa ziarah satu rumah ni, Allah izinkan saya ziarah seorang yang sudah bergelar Atuk pada kedudukan saya. Saya ulang Atuk, not Datuk mahupon Dato'. Dan memang saya selalu panggil dia Atuk. Cuma terkadang terlupa nama apa. Errr.. 

"Abi, apa nama Atuk yang hebat sejarah tu?"
"Atuk Halil"
'Haaa.. baru ingat. Huhu"

Badannya besar. Barangkali dalam 80 kg. Pagoda putih bersih sememangnya menjadi pakaian feveret beliau. Tak kisah walau kemana dia pergi. Kain pelekat seolah pakaian wajib yang sentiasa tersemat kemas! Kulitnya hitam manis. Katanya kesan perkahwinan nenek moyang dahulu kala.

"Cuba kamu kahwinkan orang Cina dengan orang India. Dapatlah sebijik warna kulit macam ni". Kata Atuk Halil sambil tunjuk lengan dia pada saya. Warna hitam manis. Saya bandingkan lengan Atuk dengan lengan saya.

"Atuk! kenapa kulit saya lagi gelappp!!??". Jerit saya dalam hati. Cehh, over gila!. Padahal takde apa pon. Yang penting adalah TAQWA pada Allah! Pehhh. Kulit saya gelap mungkin asbab saya aktif kat padang. *Uhuk uhuk.

Atuk berumur sekitar 70-an. Kalau tak silap saya. Berketurunan jawa. Dalam salur darahnya, mengalir darah keturunan ulama sebelum Wali Songo. Jadi, tak hairanlah Atuk saya keturunan Jawa. Err.. saya pon. *Uhuk uhuk. Dan kalau sedara-sedara nak buat kajian sejarah berkenaan bumi Malaya Penuh Bertuah ini, cadangan saya jumpa dengan Atuk Halil ni. Ouh ye, jangan lupa bawa bantal dan kain pelikat lebih. Sebab saya rasa, anda akan bermalam di rumah Atuk. Hehehe. *Senyum penuh makna.

Semasa ziarah rumah Atuk, kebetulan Abi saya sakit gigi dan tak boleh sembang banyak-banyak. Sekadar senyuman manis sahaja mampu Abi bagi. Jadi, Abi saya letak saya sebelah Atuk. Jadi, bersedialah menadah telinga. Caranya mudah. Abi saya kata,

"Abang Halil, ni cucu semua ni nak tau pasal keturunan kita. Cerita sikit"
"Haaaa... Meh Atuk cerita pasal keturunan kita ni" *Senyum padu.

Maka bermulalahh kisah daripada Atuk. Atuk bercerita. Saya mendengar dengan penuh tawadhuk. Atuk mampu cerita panjang lebar pasal keturunan saya daripada moyang yang generasi entah ke berapa hinggalah sekarang yang ada. Hubungan jiran-jiran yang ada kat sepanjang jalan Kampung Kurang Glamour tu. Boleh kait pula dengan orang yang tinggal nun jauh di Bandar Seberang Kota. Semua nama dan status terkini samada sudah meninggal ke belum, sudah berkahwin ke belum, kalau dah kahwin, kahwin dengan siapa.. Semua Atuk ingat!! Dan Atuk boleh cerita! Terkedu. Terkejut. *Peluh. Malah keluarga saya pon Atuk ingat. Boleh sebut seorang-seorang. Daripada yang sulung hinggalah ke bongsu. Boleh terkencing bukan!? Eh. Silap. Berpeluh. Hehe. 

Inilah sikap yang kena ada pada tiap du'at. Mengenali nama adek-adek usrah dan mad'u. Mengetahui sikap dan minat adek-adek usrah dan mad'u. Yang terbaik, ahli keluarga mereka! Ada terkadang, naqib terkeliru nama adek-adek usrah. Tu belum ambil kira ahli keluarga adek-adek usrah. Apatah lagi mad'u. Aduhai. *Jatuh kerusi.

Saya teringat kisah Pocik Banna. Bagaimana gigihnya Pocik Banna menghafal nama dan gambar rijal yang menghantar borang pendaftaran ke Geng Muslim Bersaudara (Baca: Ikhwanul Muslimin). Sedangkan Pocik Banna tak pernah pon bersua muka dengan mereka. Dan ketika Pocik Banna berjumpa dengan mereka, beliau boleh ingat dan rekognise (Baca: Recognise) setiap seorang insan yang beliau jumpa. Pehhhhh! Yang menarik perhatian saya, bagaimana Pocik Banna boleh 'detect' susuk tubuh pemilik nama dengan hanya tengok gambar dalam borang pendaftaran tu sahaja? Ini sumpah lejen!

Kita ni pulak, walaupon pernah berjumpa. Tapi kalau terserempak di mana-mana mesti fikir dua tiga kali. Nak tegur ke tak nak? Kalau tak tegur, dikata sombong. Kalau tegur tapi salah orang, memalukan diri sendiri pulak. Haduhhh. Akhirnya?? *Angin sepoi-sepoi harmoni. Biru bukan langit? 

Sebelum saya berhijrah ke luar negeri untuk sambung pengajian saya, ini nasihat Abam Naqib Macho saya.

"Nanti enta ke sana, ana kol (Baca: Call) enta nanti, ana nak dengar enta dah bawa satu kumpulan usrah. Pastikan tau. Ana bagi kat enta masa dalam sebulan dua"

"Allahu syeh (Baca: Syeikh), berat tu. Doakan lah ana. InsyaAllah. Ana usahakan"


"Enta kalau bawa usrah, pastikan enta kenal tiap seorang anak buah usrah enta tu. Belajar macam Pocik Banna"


"Uihhh, itu super lejen akhi!"


"Hahaha, tapi tak mustahil akhi! Kalau dengan kawan-kawan enta, enta tak dapat kenal nama pon, paling-paling pon enta tau apa yang kawan-kawan enta suka buat. Benda-benda yang dia cenderung. Pastikan apa yang dia kongsi dengan enta, enta ingat! Jangan sampai lupa. Sebab itu akan menjadi asbab tsiqah dan mesra diorang dengan enta. Sekalipon dia tak ikut usrah, paling-paling pun dia nak jadi orang baik. Kalau dia ikut usrah, itu lebih baik akhi" 

"............" InsyaAllah akhi. *Bisik hati. 



Ok. Dah boleh mula bedah buku ini. 

Power of Taaruf. 

Terkadang du'at terlepas pandang akan ke'power'an Taaruf ni. Mungkin kelihatan agak remeh. Tapi disini permulaan untuk proses seterusnya. Kita gah dalam proses tajmik rijal. Tapi selalu terlepas pandang untuk ikut-atas (Baca: Follow-up) para mad'u ini. Mu'ayyasyah (Baca: Santuni) selalu diabaikan. Sedangkan menjadi perkara penting untuk mula 'menggari' hati-hati rijal ini dalam 'penjara' dakwah dan tarbiah ini. Ini langkah pertama yang diletakkan Pocik Mustafa Masyur dan kitabnya "7 Tahapan Dakwah Fardhiah". Lantas, apalagi yang kita nak remehkan ke'power'an Taaruf?

Dengannya adek-adek usrah akan percaya dan tsiqah dengan kita. Boleh sahaja dia cerita pasal keluarganya tanpa segan silu. Sudi berkongsi rasa dan rahsia yang terkadang kita pon tak sangka. Mana tahu dia adalah cucu kepada Perdana Menteri kita? Walawehhh!! Dan mana tahu dia juga ada kisah gelap yang terpaksa dia tanggung seorang diri? Dan kita menjadi tempat dia meluah rasa.Pehhh, yang ini memang Abam Naqib seorang yang lejen. Dan semua ini takkan berjaya tanpa kita mewujudkan 'bonding' dengan mereka melalui proses Taaruf!

Tanpanya, adek-adek usrah rasa tak dihargai dan akhirnya terlerai 'ikatan' yang kita usahakan selama ini. Serius. Saya tersangat terharu apabila syuyukh yang hebat-hebat belaka, yang sangat-sangat jarang saya jumpa boleh ingat nama saya, nama Abi saya, dan sebahagian keluarga saya. Pehhhhh. Terharu beb!! Boleh jadi asbab saya senyum keriangan! Walaupon hanya nama saya! Walawehh!!.. Hahaha.

Jadi para daie, pastikan korang ingat tiap seorang adek-adek usrah korang. Penting yang teramat tu. Eh. Silap. Kita. InsyaAllah.

Wallahualam.

[KD]

Atuk Halil. Dah berusia sudah. Abi saya minta saya bawa kertas dan pen untuk buat organisasi keturunan saya sebelum Atuk Hilal meninggal. Entah, siapa pergi dulu. Mungkin anda! Wahahaha. Nantikan bahagian seterusnya. Banyak perkara boleh belajar dari insan berbadan besar dan gempal ini. Err, saya pon badan besar jugak. *Kuis lantai. 

Terkadang saya pon tersilap panggil nama adek-adek usrah. *Uhuk uhuk.

Friday, May 22, 2015

The Serenade Of Life



[Credit]

Bismillah, for the first and foremost, let all begin this story by praising Him, Allah Azza Wa Jalla for His Blessings to all mankind that we can still be living today and onwards. Today, I am going to tell you a very simple story or should I say a 'journal' or something. As you guys knew, everybody who came to MHi 1415 had to spare their 28 days of one of their heavenly periods directly after a few weeks finishing their responsbility as a high school students.

I, myself actually was looking forward to attend this programme as my mother chord me a day after I finished my SPM. She said that I could use some time to 'reincarnate' myself as the camping takes 28 days. I don't really care about it actually because it is my own decision to come to MHi 1415. Well, I was expecting that I would be living in the woods with no electricity, no coverage, no this, no that and I was ready for it. But, it turns out Kem Rimba Tamu was waaaaayyy better than what I expected. There is no such thing as darkness and sorrowful forest or harrowing places. It was a lovely place indeed.

Through the programme, I met various kinds of faces, colours, culture, habits and some very peculiar and eccentric behaviours. Well, I was not going to flabbergast about it because this is where we learn what does real life means. You have to deal with things, have good connections, friendships, and those silly things but actually important in our life. Alhamdulillah praise to Allah, all of my friends and even myself finally have a succession of attending MHi 1415 for 28 full days even though some of us did retreated from thos warzone of 'comfort zone' camp. But for me it is okay because maybe they were not ready for this mission. May Allah ease up their life.


My Syura buddies

Summing up those long sweet memories and stories. and oh I forgot to tell you guys that I am one of the 'Syura' in the camp. Peh Peh Peh. *Kembang sat. Eheh. Well, with this entitlement, I really thought about the quote of 'Don't judge a book by its cover'. Because by hearing the word 'syura', do take note - it is not a simple job as others thought. It's not even a job, it's a responsibility. We were the chosen human being that had given the humongous responsibility to carve MHi the way we wanted. In the Syura itself, we had a very great time together by overviewing things, prolonged meetings, twisted ideas and sorts of funny stuff. Maybe we seems professional on the outside but not on the inside. Yeah really!! I'll said it again - don't judge a book by it's cover! Only the syura knew what am I babbling here.

Okay, back to the bigger view, I really enjoy staying there. It was all because our ukhuwah. Yup, it was because of my friends in MHi. They were the one who I laughed with, shared personal stories, ate together, but amazingly, we did those things like a-20-years-old-friendships to friends that we only knew for less than a month. Can you believe me!? Only 28 days we knew each other. This is really something. 

The, when the programme was about to reach the end, this is where the climax of pur friendship occurs. This is when we actually felt devastated to be separated from this newborn family bonds that was tied up between our hearts. You know, I literally cried heavily when it comes to the farewell session on the last day oh MHi 1415. But it not just me who cried (just in case you accused me of being a crybaby) everybody cried. No matter they are tall, short, big, small, fat, thin, or they looked tough, they all cried. I know deep in their hearts they don't want this programme to end. Never! I knew this because it was what I felt that time. Bi iidznillah, this new bond will be intacet forever or grow stronger in the future. Believe me, I felt it. And if you want to feel the joy of friendship, you want to harness your survival skills, enhance your leading skills, be a professional presenter and other good things, you should try this camp. 

Well, this maybe not the best story that I can jot but this is what I can share you readers and hoped you guys enjoyed this short summary of the MHi 1415 camp. I am very happy if you guys get good input from this reading.

Seriously, I really wanted to make a reunion. I want to meet all of my friends because you may not see this, but a friend in need, is a friend indeed.

Aleng
Negeri Perak

[FF]

Penyampaian kisah pengalaman yang bersahaja oleh salah seorang member Syura kita. Tanpa rasa segan silu menyatakan bahawa tuan empunya diri turut sebak di saat perpisahan walau selama ini cuba men-sadokan diri. Kerana ukhuwwah, siapa tak sebak kan? Saya sendiri turut merasa emosi si penulis selaku salah seorang peserta program itu sendiri. 28 hari je tapi? MashaAllah bergetar hati-hati ini. Jika cinta itu buta, maka ukhuwwah juga begitu! Sebab terkadang matanya buta, tapi 'mata'nya tetap nampak pada jalanNya.

Tak cukup? Nantikanlah kisah luahan seterusnya! 

Tuesday, May 19, 2015

Aku, Mereka Dan Emechai!!



[Kredit]

Ku lihat ada prasangka dihatimu
Melihat diriku saat ini
Karena terpisahkan diri
Dengarkanlah hatiku
Yang masih tetap merinduimu

Aku masih seperti yang dulu
Mencintaimu dengan rasa imanku
Sampai kini semua belum berubah
Sebab cintaku bukan karena dunia

Cinta kita karena satu tubuh
Yang tak terbatas jarak dan waktu
Andai ada kata berpisah
Cukuplah ia hanya sampai di mata

Satu Tubuh - Zahyd dan Maidany



Aku rasa seakan lagu ini ialah lagu tema MHi. Fahami liriknya sambil imbau semuala kenangan di Kem Rimba Tamu. Haaaaa, cukup menyebabkan mata banjir. Kalau tak banjir, mendung pun jadilah. Wui wui, dah dah. Ok semua   1... 2... 3... I Support You!

Madrasatul Hayah Ikram.





    Habis SPM haritu, tak terfikir yang aku benar-benar akan terlibat dengan program ini. Tambah tambah lagi bila tahu yang aku dapat PLKN. Tapi tup tup tak kena intake PLKN yang pertama.Terus aku whatsapp anisah kz. "Ana tak dapat intake pertama" "Nanti dah daftar bagitahu ana eh" hahahaha. Seperti yang aku katakan tadi, tak terfikir aku benar-benar akan terlibat dengan MHi, seriyes. Mungkin kerana pada waktu itu, aku masih sibuk dengan program sekolah. Explorace habis beberapa hari sahaja sebelum mula MHi, kemudian sambung dengan pra-LKD. Itu semua membuatkan MHi dianak tirikan. Ceh. Tapi, satu malam tu, aku telah membuat keputusan yang sangat-sangat bermakna dalam sejarah hidup aku. Heh. "Mama, boleh ke Ameerah nak join MHi?" "Kalau bapak bagi, Ameerah nak daftar kat website dia". Bila dua-dua sebut "Okay", aku terus buka laptop. Memang last minute baru buka blog Mhi dan daftar. Aku tak tahu apa yang membuatkan hati beriya-iya mahu join MHi pada waktu itu. But, yes. I've made a right decision. Alhamdulillah ini semua kerja Kau. Summalhamdulillah.

Banyak sangat benda mahu diceritakan. Mahu mula dari mana pun aku tak tahu. Haha.

    14 Disember 2014 merupakan hari pendaftaran MHi1415 di kem yang menyimpan beribu kenangan; Kem Rimba Tamu. Pada hari itu, aku sampai agak lewat, hampir-hampir masuk maghrib. Jadi pada waktu tu, ramai yang sudah ada port masing-masing. Haha. Katil pun masing-masing dah cop. Aku dapat dorm kedua menghadap katil Anisah. Aku masih ingat, aku masuk je dorm terus nampak Amani dengan Nina. Yea! merlimau in the house. Selepas itu, baru aku sedar, ramai rupanya yang aku kenal daripada program PRODUCE. Nad (grup sama dari XREK), Bal, Najah, Maalim, Sarah, Ocha, Mawaddah, Aishah dan lagi lagi lagi dan lagi!. Sepanjang sebulan, aku dapat kenal dengan sahabat-sahabat yang pelbagai ragam. Daripada tak rapat, tiba-tiba hujung kem jadi rapat, hahaha. Grup whatsapp MHi sampai hari ini tak pernah '0' notification. Kalau tinggal satu jam je, boleh capai 200+. Ada je cerita nak share dalam tu, hahaha. Masing-masing sudah ada haluan masing-masing. Fi amanillah sahabat. *Senyum.



Akhawatis. Sampai hari ni, asyik buat aku tersenyum je. Ahaks.

Di Madrasatul Hayah ikram...

Setiap hari, kami akan lalui tiga slot. Kami belajar daripada skil memasak, skil menjahit sampai ke skil berdebat dan public speaking. Yang pasti, setiap slot-slot ini mahu mempersiapkan peserta MHi sebelum melangkah ke alam kehidupan yang baru dengan membawa amanah D&T.


Kemudian..

Setiap hari kami akan menyanyi lagu Hai Sahabat, Gelombang Keadilan dan Sollu 'Ala Muhammad. Bukan menyanyi sahaja tapi beserta gaya!. Kalah Kay Pop. Pehh!. Syurgaa!!

Setiap hari juga, peserta akan bergilir-gilir ikut kumpulan masak sarapan, makan tengahhari, serta makan malam. Sebelum mula slot akan ada sesi komen dan rating masakan. Macam-macam menu ada. Antaranya rendang, mee hailam, ayam tomato. Termasuklah sushi, bihun kunyit, pulut dan sebagainya. Eh.


Seterusnya..

Setiap hari,
Akan ada riadah pagi dan petang. JK Sukan akan handle riadah. Aku berada dalam JK Sukan. Entah benda apa aku buat. Hehe.

Setiap hari,
Akan baca Al-Mathurat dan Al-Mulk ramai-ramai, kuat-kuat.

Setiap hari,
Akan ada tazkirah Subuh dan Maghrib.

Dan setiap hari,
Akan ada lima peserta bagipublic speaking. Tak ada seorang pun yang dapat lari dari public speaking. Pssst, sebenarnya ada dua tiga orang yang tak kena. *kuis lantai.

Yep!! Semua ini kami buat setiap hari! Peh peh peh.



Sebenarnyakan, aku pun tak sangka boleh duduk kat sini 28 hari. 

    Ramai juga yang tanya, "Boleh ke duduk kat situ sebulan?" "Seyezza sebulan?" "Bukan tempat tu kecik je ke?". Disebabkan kecik lah setiap sudut disitu ada kenangan tersendiri. Sungai. Kolah. Dewan. Dorm. Dataran. Tempat parking. Tempat pocik aiskrim. Dapur. Setiap satu ada ceritanya sendiri. Sejujurnya, sebulan itu sangaaaaat sekejap. Series. Tak cukup. Kalau boleh tambah lagi dua bulan kat Kem Rimba Tamu pun aku sanggup. Buat macam PLKN. Tak tipu.


..................................................


"Ok semuaa.. 1... 2... 3.. I Support You!"


Disinilah aku belajar banyak benda. Disinilah aku berjumpa dengan sahabat-sahabat ukhuwah basah. Disinilah segalanya. Tunggu nanti aku dah dapat lesen, antara tempat pertama yang akan aku pergi adalah Kem Rimba Tamu. Walaupun aku tak dapat merasai majlis penutup serta missed satu ucapan yang sangat besar dan bermakna untuk semua. Tapi daripada rekoding yang dihantar dalam grup whatsapp, aku benar-benar merasakan ukhuwwah kita bukan hanya disini. Bukan sekadar di Kem Rimba Tamu dan whatsapp. InsyaAllah sampai ke syurga. Syurgaaaa!!!, Ok last. Heh. *Senyum dengan takungan air mata.

Meersomething
Negeri Selangor


[KD]

Sumpah rasa sebak masa saya menaip semula artikel asal ini sebelum dipostkan. Ada banyak lagi artikel-artikel super sedih yang sedia untuk diupdate. Tapi jiwa menangis tak sanggup meneruskan penulisan. Huarghhhhh. Doakan saya. Semoga dapat kongsikan artikel-artikel korang semua yang ohsem kepada umum. InsyaAllah. Syurgaa!! Eheh. Btw, saya terasa penulis asal ni poyo je minta sambung kem sampai dua bulan. Padahal tersengguk-sengguk masa dalam slot. Eheh. *Senyum keji.