Saturday, March 12, 2016

Aku, Kau dan Roommate

“Aku rasa bersyukur gila (baca: sangat) dapat roommate macam kau”

Aku tersenyum kelat. Speechless. Bukan pertama kali dia cakap macam tu tapi entah kenapa kali ni, rasa macam terharu semacam. Berbunga-bunga rasa hati ni. Kalau dalam hati ni ada taman, maka mungkin dah berkembang mekar bunga sakura. Eceh.

Dia sambung lagi, “Tahu tak, sebelum aku masuk sini, aku doa kot dapat roommate yang baik, bukan yang pelik-pelik, kalau boleh yang dak (baca: budak) sekolah agama. Tengok-tengok, ha satu rumah budak sekolah agama. Dapat budak DQ, dapat kau, dapat Ali dari SMKA ABC (bukan nama sebenar). Aku rasa bersyukur sangat."

Aku gelak. MashaAllah, Allah bagi lebih dari apa kau doakan.

Aku gelak bukan apa, sebab ini bukan universiti atau kolej Islam. Ini institut yang dipenuhi variasi manusia dari pelbagai latar belakang, agama dan bangsa tapi kau end up dengan orang-orang yang pernah dikelilingi oleh biah solehah. Hebat betul pelan Allah untuk kau, Ahmad. Hebat.

Usai solat Zohor, aku duduk sebentar, berzikir, bermuhasabah. Aku merenung ke luar jendela sambil mengimbas kembali perbualan tadi. Jauh aku termenung. Tiba-tiba, aku tersedar sesuatu. Jeng, jeng jeng.

Aku. Roommate Ahmad.  

Allah. Hantar aku. Jadi roommate Ahmad. 



Kenapa aku? Kenapa Allah hantar AKU, bukan orang lain? 

Memang aku dari sekolah agama, belajar Syariah, Quran Sunnah, B. Arab. Siap join usrah lagi. Tapi, aku tak sebaik yang disangka. Bukan semua budak sekolah agama dan budak usrah soleh wa solehah orangnya dan itu termasuk aku. Bila aku fikirkan balik, aish, aku nak bimbing dia? Aku ni pun selalu lalai dan layan benda-benda lagha. Kadang-kadang solat lambat. Subuh pun, selalunya dia yang kejut aku. 

*peluh*

Ya Allah, out of all people, kenapa kau hantar aku? Dia berhak untuk dapat orang yang lebih baik dari aku. 

Tiba-tiba, aku teringat pesan kawan aku dulu: kita kalau orang seru untuk dakwah, selalu bagi alasan yang kita ni tak layak, tak cukup baik lagi. Kalau macam tu lah, takkan ada orang yang berdakwah kat dunia ni. Kalau macam tu lah, Islam takkan tersebar in the first place!

"Astaghfirullahalazim", aku bisik pada diri.

Aku tak baik, tak alim. Ya, memang aku tak cukup baik tapi mana ada manusia yang sempurna. Inilah peluang aku untuk berdakwah dan pada masa yang sama, perbaiki diri aku.
Kau sedar tak? Inilah masanya. Lagipun, aku bukan sendiri. Aku ada Ali dengan Abu. This is your time to shine!

Hebat pelan Allah untuk aku. Hebat.

Dan mana tau, mungkin Allah hantar Ahmad dekat aku sebagai satu motivasi dan bantuan untuk aku perbaiki hubungan dengan Allah, untuk aku jadi lebih baik, lebih produktif. Aku dah lama terperuk dalam zon selesa (baca: comfort zone). Sekarang lah masanya untuk aku berubah, keluar dan approach manusia pelbagai ragam ni. 

Bermula dari Ahmad. Roommate aku.

Bermula dari anda.

[FF]

Nama yang digunakan dalam artikel ini bukan nama sebenar. Identiti disembunyikan bagi menjaga 'confidentiality' dan melindungi identiti makhluk yang terlibat dalam memberi impak terhadap hidup daie-daie seperti kami.