![]() |
Gambar sekadar hiasan [Fail] |
Baru-baru ni saya beraya sakan. Eh, bukan. Berziarah sakan *baru sedap sikit, Hehe. Berziarah sakan kat Kampung Kurang Glamour di Bandar Sangat Bersejarah. Dan semasa ziarah satu rumah ni, Allah izinkan saya ziarah seorang yang sudah bergelar Atuk pada kedudukan saya. Saya ulang Atuk, not Datuk mahupon Dato'. Dan memang saya selalu panggil dia Atuk. Cuma terkadang terlupa nama apa. Errr..
"Abi, apa nama Atuk yang hebat sejarah tu?"
"Atuk Halil"
'Haaa.. baru ingat. Huhu"
Badannya besar. Barangkali dalam 80 kg. Pagoda putih bersih sememangnya menjadi pakaian feveret beliau. Tak kisah walau kemana dia pergi. Kain pelekat seolah pakaian wajib yang sentiasa tersemat kemas! Kulitnya hitam manis. Katanya kesan perkahwinan nenek moyang dahulu kala.
"Cuba kamu kahwinkan orang Cina dengan orang India. Dapatlah sebijik warna kulit macam ni". Kata Atuk Halil sambil tunjuk lengan dia pada saya. Warna hitam manis. Saya bandingkan lengan Atuk dengan lengan saya.
"Atuk! kenapa kulit saya lagi gelappp!!??". Jerit saya dalam hati. Cehh, over gila!. Padahal takde apa pon. Yang penting adalah TAQWA pada Allah! Pehhh. Kulit saya gelap mungkin asbab saya aktif kat padang. *Uhuk uhuk.
Atuk berumur sekitar 70-an. Kalau tak silap saya. Berketurunan jawa. Dalam salur darahnya, mengalir darah keturunan ulama sebelum Wali Songo. Jadi, tak hairanlah Atuk saya keturunan Jawa. Err.. saya pon. *Uhuk uhuk. Dan kalau sedara-sedara nak buat kajian sejarah berkenaan bumi Malaya Penuh Bertuah ini, cadangan saya jumpa dengan Atuk Halil ni. Ouh ye, jangan lupa bawa bantal dan kain pelikat lebih. Sebab saya rasa, anda akan bermalam di rumah Atuk. Hehehe. *Senyum penuh makna.
Semasa ziarah rumah Atuk, kebetulan Abi saya sakit gigi dan tak boleh sembang banyak-banyak. Sekadar senyuman manis sahaja mampu Abi bagi. Jadi, Abi saya letak saya sebelah Atuk. Jadi, bersedialah menadah telinga. Caranya mudah. Abi saya kata,
"Abang Halil, ni cucu semua ni nak tau pasal keturunan kita. Cerita sikit"
"Haaaa... Meh Atuk cerita pasal keturunan kita ni" *Senyum padu.
Maka bermulalahh kisah daripada Atuk. Atuk bercerita. Saya mendengar dengan penuh tawadhuk. Atuk mampu cerita panjang lebar pasal keturunan saya daripada moyang yang generasi entah ke berapa hinggalah sekarang yang ada. Hubungan jiran-jiran yang ada kat sepanjang jalan Kampung Kurang Glamour tu. Boleh kait pula dengan orang yang tinggal nun jauh di Bandar Seberang Kota. Semua nama dan status terkini samada sudah meninggal ke belum, sudah berkahwin ke belum, kalau dah kahwin, kahwin dengan siapa.. Semua Atuk ingat!! Dan Atuk boleh cerita! Terkedu. Terkejut. *Peluh. Malah keluarga saya pon Atuk ingat. Boleh sebut seorang-seorang. Daripada yang sulung hinggalah ke bongsu. Boleh terkencing bukan!? Eh. Silap. Berpeluh. Hehe.
Inilah sikap yang kena ada pada tiap du'at. Mengenali nama adek-adek usrah dan mad'u. Mengetahui sikap dan minat adek-adek usrah dan mad'u. Yang terbaik, ahli keluarga mereka! Ada terkadang, naqib terkeliru nama adek-adek usrah. Tu belum ambil kira ahli keluarga adek-adek usrah. Apatah lagi mad'u. Aduhai. *Jatuh kerusi.
Saya teringat kisah Pocik Banna. Bagaimana gigihnya Pocik Banna menghafal nama dan gambar rijal yang menghantar borang pendaftaran ke Geng Muslim Bersaudara (Baca: Ikhwanul Muslimin). Sedangkan Pocik Banna tak pernah pon bersua muka dengan mereka. Dan ketika Pocik Banna berjumpa dengan mereka, beliau boleh ingat dan rekognise (Baca: Recognise) setiap seorang insan yang beliau jumpa. Pehhhhh! Yang menarik perhatian saya, bagaimana Pocik Banna boleh 'detect' susuk tubuh pemilik nama dengan hanya tengok gambar dalam borang pendaftaran tu sahaja? Ini sumpah lejen!
Kita ni pulak, walaupon pernah berjumpa. Tapi kalau terserempak di mana-mana mesti fikir dua tiga kali. Nak tegur ke tak nak? Kalau tak tegur, dikata sombong. Kalau tegur tapi salah orang, memalukan diri sendiri pulak. Haduhhh. Akhirnya?? *Angin sepoi-sepoi harmoni. Biru bukan langit?
Sebelum saya berhijrah ke luar negeri untuk sambung pengajian saya, ini nasihat Abam Naqib Macho saya.
"Nanti enta ke sana, ana kol (Baca: Call) enta nanti, ana nak dengar enta dah bawa satu kumpulan usrah. Pastikan tau. Ana bagi kat enta masa dalam sebulan dua"
"Allahu syeh (Baca: Syeikh), berat tu. Doakan lah ana. InsyaAllah. Ana usahakan"
"Enta kalau bawa usrah, pastikan enta kenal tiap seorang anak buah usrah enta tu. Belajar macam Pocik Banna"
"Uihhh, itu super lejen akhi!"
"Hahaha, tapi tak mustahil akhi! Kalau dengan kawan-kawan enta, enta tak dapat kenal nama pon, paling-paling pon enta tau apa yang kawan-kawan enta suka buat. Benda-benda yang dia cenderung. Pastikan apa yang dia kongsi dengan enta, enta ingat! Jangan sampai lupa. Sebab itu akan menjadi asbab tsiqah dan mesra diorang dengan enta. Sekalipon dia tak ikut usrah, paling-paling pun dia nak jadi orang baik. Kalau dia ikut usrah, itu lebih baik akhi"
"............" InsyaAllah akhi. *Bisik hati.
![]() |
Ok. Dah boleh mula bedah buku ini. |
Power of Taaruf.
Terkadang du'at terlepas pandang akan ke'power'an Taaruf ni. Mungkin kelihatan agak remeh. Tapi disini permulaan untuk proses seterusnya. Kita gah dalam proses tajmik rijal. Tapi selalu terlepas pandang untuk ikut-atas (Baca: Follow-up) para mad'u ini. Mu'ayyasyah (Baca: Santuni) selalu diabaikan. Sedangkan menjadi perkara penting untuk mula 'menggari' hati-hati rijal ini dalam 'penjara' dakwah dan tarbiah ini. Ini langkah pertama yang diletakkan Pocik Mustafa Masyur dan kitabnya "7 Tahapan Dakwah Fardhiah". Lantas, apalagi yang kita nak remehkan ke'power'an Taaruf?
Dengannya adek-adek usrah akan percaya dan tsiqah dengan kita. Boleh sahaja dia cerita pasal keluarganya tanpa segan silu. Sudi berkongsi rasa dan rahsia yang terkadang kita pon tak sangka. Mana tahu dia adalah cucu kepada Perdana Menteri kita? Walawehhh!! Dan mana tahu dia juga ada kisah gelap yang terpaksa dia tanggung seorang diri? Dan kita menjadi tempat dia meluah rasa.Pehhh, yang ini memang Abam Naqib seorang yang lejen. Dan semua ini takkan berjaya tanpa kita mewujudkan 'bonding' dengan mereka melalui proses Taaruf!
Tanpanya, adek-adek usrah rasa tak dihargai dan akhirnya terlerai 'ikatan' yang kita usahakan selama ini. Serius. Saya tersangat terharu apabila syuyukh yang hebat-hebat belaka, yang sangat-sangat jarang saya jumpa boleh ingat nama saya, nama Abi saya, dan sebahagian keluarga saya. Pehhhhh. Terharu beb!! Boleh jadi asbab saya senyum keriangan! Walaupon hanya nama saya! Walawehh!!.. Hahaha.
Jadi para daie, pastikan korang ingat tiap seorang adek-adek usrah korang. Penting yang teramat tu. Eh. Silap. Kita. InsyaAllah.
Wallahualam.
[KD]
Atuk Halil. Dah berusia sudah. Abi saya minta saya bawa kertas dan pen untuk buat organisasi keturunan saya sebelum Atuk Hilal meninggal. Entah, siapa pergi dulu. Mungkin anda! Wahahaha. Nantikan bahagian seterusnya. Banyak perkara boleh belajar dari insan berbadan besar dan gempal ini. Err, saya pon badan besar jugak. *Kuis lantai.
Terkadang saya pon tersilap panggil nama adek-adek usrah. *Uhuk uhuk.