Tuesday, April 7, 2015

Ikhwah Pakai Seluar Merah: Akhirnya Dia Berubah!

Seluar merah

Saya jenis orang yang tak kisah macam mana pon perangai orang tu, saya okay. No problemo. Tipulah kalau saya tak pernah jumpa manusia yang suka mencarut, suka bercakap lucah, suka tuduh melulu, suka makan daging saudara dia sendiri, suka curi makanan, suka ngecek, suka pinjam duit, suka suka suka suka hati sayalahhh. Muahahaha. Tapi diakhirnya saya masih lagi boleh sembang elok dengan dia. Cuba sebaiknya bersikap husnuzzhon dan profesional dengan semua orang. Fuhhh, ayat. Hehe.


Nak dijadikan cerita, saya berjumpa dengan seorang manusia ni. Saya jumpa masa terlibat dengan program Madrasatul Hayah IKRAM (MHi) kat Kilang Roti Tempatan (Baca: Kem Rimba Tamu). Tak pernah dengar?. Okay. Tempat dia dekat tengah-tengah hutan yang kalau anda nak dapatkan line Maxis, kena pergi depan tandas. Baru clear line dia. Saya pon tak tahu kenapa mesti kena pergi kat depan tandas baru dapat line. Adakah kerana ada sang jembalang berambut panjang disitu?? Muahahaha. Ok, abaikan. 

Sebenarnya masa minggu pertama tu tak perasan pon dia. Hahaha, mati aku kalau dia baca benda ni. Takde! Nak cerita gak!. Dan masuk minggu ke dua baru lah nampak batang hidung dia. Awal-awal tu tengok biasa-biasa je. Tapi kendian, Saya tak suka dia. Sumpah. Rasa menyampah gila. Hahahaha. Sori la wei!

Kalau nak tahu, masa awal program itu, dia antara yang paling kuat rebel. Bayangkan nak kejut Subuh payah gilaaaa!!! Katil dia betul-betul depan pintu keluar. Jadi, tiap kali saya nak keluar pergi solat atau ke slot, mesti kejut dia. Nampak betapa baiknya saya, wahaha. Tapi, yang membuatkan hatiku keciwa. Boleh pula dia terus menikmati saat indah membuat peta dunia. (Baca: Tidur dengan penuh riang). Sabar je aku. *Genggam buku lima.

Bukan sekadar Subuh, tapi tiap kali slot pagi mesti takde. Petang apatah lagi. Bertambah menarik bila masa makan, tetiba ada. Eheh. Bertuah punya budak. Dia punya qoilullah, fuhhh. Tak mahu cerita. Cukuplah saya mengumpat pasal dia. Aku rasa, kalau dia baca artikel aku mesti nak pukul aku dengan penuh manja dan kasih sayang. Opss. *Tutup mulut.


Menambah seri lagi cerita marhaen ini, dia juga banyak update status kat muka buku benda-benda negatif je semasa program tu berlangsung. Dalam seminggu lebih juga lah. Dan benda ni merisaukan AJK Pelaksana program sebab tak nak ibubapa peserta-peserta yang lain buat tanggapan negatif berkenaan program. Jadi, bermula lah Dakwah Fardhiah saya. Pehh.

Saya tak tahu macam mana saya boleh rapat dengan dia. Tapi akhirnya saya berkawan baik dengan dia. Kot. Hehe. Sampai satu tahap, dia ada share sumthing dengan saya. Yang membuat saya agak terpegun. Yang tu tak boleh lah kongsi dengan pembaca. *Jelir lidah. 


"Bong Rapid, siapa budak tu?"

Wahh, muka anda sungguh teruja. Aku harap, si seluar merah ini bukan anda. Hehe. Hmm, perlu ke tahu nama dia? Saya rasa tak perlu. Biarlah hanya "mereka" je yang tahu. Wahaha (Gelak keji). 


"Fine"

Alahai, jangan buat muka sedih gituu. Saya tak mahu bagitahu nama sebenar dia. Cuma dia sangat popular dengan panggilan EXO.


"Huh? EXO!?. Dia hensem ke? Dia putih ke? Rambut dia pacak tak? Dia boleh menari gila-gila macam Baekhyun?" *mata bercahaya.


Erkkk. Kenapa anda begitu teruja bila saya sebut EXO? *Muntah hijau. Haduy, menyesal aku sebut.

Apa-apa pon. nak dijadikan cerita. Ketika mula masuk minggu dan hari-hari terakhir program, dia mula jadi baik. Seriesli. Mula rapat dengan kawan-kawan lain. Yang bestnya, bila member-member MHi sebut EXO kuat-kuat. Ni penyakit ikhwah. EXO! EXO! EXO! EXO! EXO! Dan dia tersenyum malu-malu kucing. Tumbuk kang. Ishh.



"Jap jap, kenapa panggil dia EXO?"

Sebab, dia hensem macam Xuimin. Wahahaha. Taklah. Sebab dia selalu pakai baju yang tertulis "EXO". Boleh terima? Ah, kisah lak aku kau boleh terima ke tak. Kekeke. 

Extraordinary errrr. *Blank

Habisnya MHi, dia terus aktif. Terkejut saya. Dia mula join usrah dengan Bong Bai. Aktif bersama StandUp Flashmob (SUF). Dan setiap kali program, dia mesti jadi PIC (Person In Charge). Saya pon tak tahu sebab apa. Salah satu program yang saya kendalikan, saya pilih dia jadi PIC Pergerakan. Kerja dia mungkin mudah, tapi bila melibatkan 100+ orang. Pada saya agak rumit. Tapi dia kerja bagi full komitmen, sentiasa bagi laporan semasa, sedia dengar cadangan orang lain. Kalau nak kata dia tak buat salah, memang mustahil lah. Tapi saya okey kerja dengan dia. Memang berbeza GILA! daripada awal MHi, pengakhiran MHi dan selepas MHi. Dia mungkin masih belum berjaya mengubah dunia. Tapi sekurang-kurangnya dia berjaya mengubah dunia diri dia. Sumpah seronok kerja dengan dia! Walawehhh!!.

Sekarang dia masih sibuk. Sibuk dengan macam-macam benda. Yang pasti bermanfaat untuk dia.

Cukup sampai sini sahaja coretan saya berkenaan dengan Ikhwah Pakai Seluar Merah: Akhirnya Dia Berubah!. Tiada yang mustahil kalau anda nak berubah. Segalanya bermula di sini. *Tunjuk hati. Senyum. 

Saya nukilkan lirik rap yang dia buat dan di nyanyi style rap (Aku tak tahu nak pakai istilah apa) semasa MHi 1415 Graduation's Day.


Bermulanya aku disini,
ku keseorangan diri. 
Tiada siapa dampingi,
tiada siapa temani. 
Ku fikir ku keseorangan diri, 
untuk 28 hari ini. 
Tetapi segalanya telah berubah, 
ukhwah terjalan semakan merapat. 
Sekarang hanya tinggal kenangan. 

Ku takkan lupakan semua disini, 
kerana semua terpahat hati. 
Mungkin hari ini kita semua berpisah, 
satu hari nanti ditemukan. 
Insyaallah boleh, kita semua doakan. 

Segala yang berlaku 28 hari ini, 
ku akan simpan dalam kenangan, 
ku takkan buang walau apa yang terjadi. 
Kerana kamu semua adalah kenangan.


Mungkin hari ini jasad kita akan terpisah, 
hanya jasad bukan hati terpindah. 
Kerna ukhwah hati kita bersama, 
kerna ukhwah kita bersatu. 

Apa yang dipelajari, 
hendaklah digunakan, 
kalau bukan hari ini, 
mungkin masa depan. 

Jangan sesekali putuskan ukhwah, 
jika diputuskan maka terjatuhlah. 
Mungkin ini saja yang ku berani kehadapan,
Assalamualaikum, selamat tinggal.



Secara jujur, saya rindu sangat dengan mereka. Ikhwah jelah. *Senyum

Hari terakhir dan dia menangis.

Sekian.

[SO]

Semua manusia boleh berubah. Boleh, walaupun disebalik dirinya dipenuhi masa silam yang gelap. Persetankan cemuhan orang lain. Kerana hakikatnya yang menentukan syurga bukannya mereka, tapi Allah yang Maha Adil itu. Senyum.