Sabar sabar.
Sebelum anda semua berdemonstrasi depan rumah saya, biar saya jelaskan dulu. Saya faham, macam-macam yang bermain dalam kepala sedara-sedari dengan hanya melihat akan tajuk tu. Yang pasti ini bukan suatu perancangan untuk mewujudkan Perang Dunia Ke-3. Apatah lagi Perang Rumah Tangga Jiran rumah anda. Erk. Tiada kaitan.
Suka juga saya beritahu bahawa saya langsung tiada kaitan dengan 3 orang pemuda yang mengugut sambil memegang gambar Nora Danish. Aku pun tak tahu apa niat depa sebenarnya. Dan apa fungsi gambar Nora Danish tu... Peluh. Nak kahwin dengan Nora Danish? Erk. Tersembur air Vico. *Boikot Milo*
Ok. Kembali ke agenda utama kita!.
Jeng Jeng Jenggggggg....
Kan indah kalau konferens kini tak dihiasi dengan fitnah dan cacian.
Baiklah. Saya buka ruang kepada sedara sedari yang hadir konferens khas hari ini.
Silakan. *tangan selamba mendepang dengan makna isyarat memberi ruang*
Akhirnya...
"Awat pakai nama RU??"
"Kalau bukan 3 pemuda tu, RU ni apa dia?"
"Apa yang RU nak buat?"
"Apa lapangan RU untuk dunia kini?"
"Apa fokus RU?"
"Apa yang berbeza antara RU dengan yang lain?"
"Siapa je yang terlibat dengan RU?"
"Macam mana boleh dapat RU?"
"Matlamat RU?"
"RU tu apa?"
Alamak. Banyak pula soalan-soalan sedara sedari. Peluh.
Cuma nak maklumkan awal-awal. Otak saya tidak multitasking. Jadi, mohon izin sedara-sedari untuk saya jawab satu per satu ya. Senyum.
Baik. Sedara yang dibelakang sana. Berbaju kemeja putih ber'tie' merah. Fuhh, nampak kasanova. Aumm. Errrr, abaikan.
Ya, kamu.
"Kenapa dalam berjuta nama kat dunia ni. Saudara pilih Rabbit Ukhuwwah?"
Erk!.
Err.. Rapid, bukan Rabbit. Lagi-lagi kalau rabbit belaan Inche Gabbana tu ye. Yang gemok, buntal berlari-lari riang di celahan bunga. Bukan yang itu. Dan saya tak berminat membela walaupun comel mugil. Cukuplah seekor kucing yang suka mencakar sofa rumah saya tu.
Baik. Saya cuba jawab soalan anda ye Encik Kasanova. Eheh.
Tau tak Rapid tu apa? *krik krik krik*
Haaaa... ternganga anda. Ops. Jangan sampai terjatuh air liur tu. Jaga-jaga.
Rapid tu maksudnya pantas, cepat, laju dan apa-apa seangkatan dengannya. *Baru search kat google translate tadi*
Wakaka. Konsep yang saya cuba usahakan adalah saya mahu hubungan diantara kita semua terbina dengan pantas, mudah dan cepat walaupun ada perbezaan pada status FB kita. Err. Tiada kaitan. Tiada kaitan sama sekali.
That's why I use the word 'Rapid'. Fuhh, speaking.
Dan sehubungan itu bukan sekadar rapat dengan cepat tapi terus melekat hingga ke Jannah yang super-indah itu! Oh yeahh! Maaf, ter'over' pulak.
Jadi, bila dijalinkan perkataan itu; Rapid Ukhuwwah, maka yang dimaksudkan adalah hubungan yang terbina dengan cepat walau masa yang singkat tapi terus berkekalan hingga ke akhirnya. Inilah namanya Ukhuwwah Basah sampai lemas.
Bersama dalam satu gerabak sambil berbincang. Indah bukan?
Oh ye, satu lagi.
Rapid ni juga merujuk kepada pengangkutan awam. Jadi, kita mahu untuk bergerak secara beramai-ramai menuju ke satu destinasi diakhir perjalanan; Syurga Allah.
"Kalau kau mahu pergi dengan cepat, pergilah seorang diri. Kalau kau mahu pergi lebih jauh, pergilah beramai-ramai"
Next question!!
Ok. Anda yang bertudung merah persis errr... Silakan.
"Terima kasih. RU kedengaran sangat menarik. Cuma, apa matlamat RU sebenarnya? Maksud saya, objektif RU itu sendiri"
Soalan yang baik daripada orang yang baik. Err, kenapa anda tersengih semacam tu?.
Nak tahu?
Ini matlamat kami!
1. Mengajak belia dan remaja ke arah Malaysia Harmoni
Haaa... besarkan cita-cita kami. Tapi saya yakin kita mampu lakukan. Rapid Ukhuwwah bukanlah konfem dan pasti mampu untuk membawa kepada Malaysia Harmoni. Tetapi, RU salah satu wadah untuk mencapai matlamat itu. Lagi elok menjadi Street Fighters daripada Keyboard Warriors kan? Ramai yang berdegang dalam media sosial. Tapi kat situ sahajalah medannya. Berbeza dengan RU....
2. Nak mengajak remaja dan belia membuat suatu perubahan berlandaskan pemahaman. Bukannya pada ikutan semata-mata.
Perubahan? Transformasi? Transformers? Erk. Bukan sang robot tu ye. Baik, kita selalu je dengar transformasi tak kisah la dekat TV ke en... lagi-lagi yang budak-budak nasyid. Dah dua tahun jumpa Al-Quran Transformasi Ummah, Al-quran Transformasi Ummah Wasatiyah. Eh, ke nasyid pulak jadinya [mohon pukul saya bila berjumpa]. Ok kita teruskan, kitorang cuba post sesuatu yang sempoi tetapi tidak kosong bahkan berisi, bermaklumat, padat dan sarat dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan persis roti Gardenia anda letakkan krim coklat pekat. Perghhh! Terliur beb!. OK cukup, tak faham tanya lagi.
3. Nak tarik remaja in OHSEM way.
Saya faham. Bila sebut program agama, yang berlegar dalam kepala kita semua adalah ceramah, ceramah dan ceramah. Pastu nangis. Eheh. Takpe, saya sudah berpengalaman dalam bab ni. Hehe. RU berbeza. Ya, memang berbeza sebab cara RU berbeza!. Barulah anda akan menjadi orang yang berbeza! Yeahh!. RU berusaha untuk menggunakan pendekatan yang berbeza sebab semua hati ini punya kunci pembuka yang berbeza. Apadia?? Caranya?... Takkan la nak habaq la ni. Nantikan ye. *senyum*
4. Bincang,bincang dan bincang.
RU bukan tempat rujukan. Tapi RU sediakan pentas perbincangan. RU bukan ustaz walaupun muka saya ada persis ala-ala Ustaz Don. Eheh. Tapi RU adalah kawan. Anda ada pendapat tersendiri, silakan, sekalipun pendapat anda itu salah. RU tetap meraikan. RU harapkan jawapan anda berubah dengan kefahaman anda. Bukannya atas dasar sokongan majoriti semata-mata. Kami ada pandangan, anda ada pegangan. Dipersilakan.
5. Terjun
RU bukannya tin kosong yang hanya pandai bermain kata dalam media ni. Tapi RU akan turut turun bersama dalam masyarakat. Buktinya? Haaa.. Kempen #LoveAfterMarriage. Itu RU terlibat secara langsung. Dan pengarahnya adalah saya!. *uhuk* Err.. Abaikan.
"Kami bukannya Keyboard Warriors semata-mata. Kami juga adalah Street Fighters!"
"Ouh kiranya, yang 3 pemuda tu pon ada kaitan dengan RU lah?"
Tersedak. Err... 3 pemuda tu bukan RU. Seriously.
OK! NEXT!!!
"Ok, then siapa target RU sebenarnya?? Mean untuk orang muda je ke, orang tua ke, maklumlah diri ni terasa dah tua."
RU ni untuk yang berumur 13-19 je..diulangi 13-19 je!!!.
Muahahahaha (gelak keji). Sumpah hodoh muka tu.
"K. Fine..." Hati kecewa.
Haha. Sudah semestinya tidak! RU memang target utamanya untuk remaja sebab remaja ni kadang-kadang terleka dan alpa dengan fana dunia yang sementara penuh dengan sandiwara.. Eh? [nak tulis sajak??]. Tapi rasanya yang tukang reporter ni pon sama kan?. APA-APA PON, platform ni terbuka untuk sesiapa je yang berminat. Dan dia ada perasaan untuk mengubah dunia!! Walawehh!.. Erk. Ermm, satu lagi dia mahu dunia ini aman. Ya, aman tanpa konspirasi. Hehe.
Impian aku, kau dan mereka. Kan?
Baiklah kita kembali kepada agenda utama kita. Baik, saudari dibelakang sana. Kesian kau aku tengok. Dari tadi duk angkat tangan. Fahamlah rendah. Err.. maksud saya comel.
"Assalamualaikum, seperti yang kita tahu, apabila kita membuka sahaja page RU, sudah pastinya selalunya dan lazimnya kita melihat terpampang logo IKRAMTeens dan sebagainya, jadi mak cik nak tanya apa beza IKRAMTeens dan RU ni? Mohon diberikan penjelasan, Terima Kasih"
Soalan yang sangat menarik!. Baiklah.
IKRAMTeens dan RU? Perbezaanya? Oh kami ini sebenarnya sama tapi tidak serupa.
Muka selamba.
*krik krik krik*
Baiklah saya pergi direct to the point sebelum cengkerik dibiarkan berleluasa dalam konferens kita hari ini.
IKRAMTeens ni adalah suatu kelab remaja. Ulang suara, KELAB REMAJA di bawah naungan pertubuhan IKRAM Malaysia. Bukan kelab malam. Bukan kelab kanak-kanak Ribena, Sunquick dan sebagainya.
Mohon jangan di baling buah epal, mahupun gajet Apple anda.
Anda pemilik i-phone?
Ha.. itulah perbezaannya.
Saya rasa dah cukup untuk hari ni ye. Ada lagi?.
Rasa macam ada yang angkat tangan di belakang sana. Okay sedara. Soalan terakhir ya.
"Errmmm.. semua tahu setiap perkara yang berlaku pasti ada sejarah disebaliknya. Jadi, tertanya-tanya sebenarnya. Siapa RU? Atau dalam bahasa mudahnya bagaimana RU boleh ada? Dan siapa admin RU?"
Peluh. Saya ingatkan soalan terakhir tu satu je. Kau hentam aku sampai 3 soalan. Ayoyoyo. *Garu janggut.
Ehem ehem.
RU adalah himpunan anak-anak muda yang bercita-cita besar untuk mengubah dunia. Mereka adalah hasil produk Graduation's Day MHi. Kami akan ceritakan tentang MHi pada edisi akan datang ye. Sabar. Saya dah nampak muka teruja anda itu. Wahahaha. Yang pasti MHi bukannya Malaysia Hari Ini. Sumpah bukan. RU terhasil disebabkan kami menyahut cabaran daripada pengarah MHi ketika musim kami. Orang panggil dia macam-macam. Tapi saya suka panggil dia Bong Bai. Entah sebab apa. Hehe. Ayat dia;
"Berakhirnya kita MHi kita hari ini, bukanlah bermakna habis sudah MHi. Tapi tamatnya hari ini, maka MHi yang sebenar akan kita tempuh. Semoga langkah hayunan kalian terus mengubah dunia"
Jadi, saya rasa anda sendiri boleh fikir bagaimana RU boleh tercipta bukan?
Soalan anda yang admin tuuuuuu, minta maaf. Saya terpaksa rahsiakan. Kami tidak mengenali anda. Mungkin anda mengenali kami. Tapi tak pasti betul atau salah. Biarlah rahsia. Kalau terkantoi, minta dirahsiakan ya. Senyum kambing gurun.
"Sepandai-pandai tupat melompat. Pandai lagi Detective Conan. Err"
Bong Bai.
"Selepas sebulan kalian melangkah keluar dari kem MHi..Apakah kalian telah mula mengubah dunia yang ada..atau sekurang-kurangnya dunia di dalam diri kalian.."
Senyum. Jom naik sebelum terlambat!